SALAM MAULIDURRASUL KEPADA PEMBACA PDO YANG BERAGAMA ISLAM| JIKA ADA ISU RAKYAT INGIN DISIARKAN, BOLEH EMAIL KE PAHANGDAILY@YAHOO.COM | JANGAN LUPA LIKE, FOLLOW N SHARE PAHANG DAILY ONLINE DI FACEBOOK # INSTAGRAM # TWITTER

Syed Saddiq Daftar Parti Baharu, Ikatan Demoktarik Amaliya (Muda Malaysia)

 


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semalam menghantar permohonan pendaftaran parti baharu, Ikatan Demokratik Malaysia (Muda Malaysia).

Parti itu dikatakan tidak mempunyai had usia dan bangsa sebaliknya ia mewakili semua lapisan masyarakat dan agama.

Semua dokumen pendaftaran itu dihantar ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) pada 10.30 pagi.

Syed Saddiq sebelum ini berkata, beliau tidak akan menyertai Pejuang yang ditubuhkan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kerana mahu memperkasakan golongan muda dan mempromosikan Malaysia yang lebih berbilang kaum.

Katanya, beliau juga berhasrat mahu menamatkan politik wang dan memecahkan status quo politik serta memberi lebih banyak suara kepada golongan muda.

Syed Saddiq adalah ketua Pemuda PPBM dan Menteri Belia dan Sukan sehingga pergolakan dalaman PPBM menyebabkan beliau keluar parti itu bersama Mahathir dan beberapa ahli Parlimen lain.

Sebelum ini, Mahathir berkata beliau tidak yakin parti baharu berasaskan orang muda ditubuhkan Syed Saddiq akan berjaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, walaupun tidak dinafikan Malaysia sebuah negara demokrasi, usaha mendapatkan sokongan orang muda sahaja tidak memadai memandangkan terdapat pelbagai peringkat usia dalam sesebuah Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen.

Menurut Mahathir, beliau mempunyai hubungan baik dengan Syed Saddiq dan tidak ada masalah untuk bekerjasama jika matlamat parti yang ditubuhkan bekas menteri itu untuk menghapuskan rasuah. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]