Pages

ADUN Beserah Nafikan Beliau Terlibat Dengan Promosi Skim Pelaburan Forex Di Media Sosial

 


KUANTAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah, Andansura Rabu kesal apabila ada pihak menyalahgunakan gambarnya untuk mempromosi skim pelaburan yang menggunakan nama sebuah bank dipercayai melalui laman sosial Facebook.

Menurutnya, beliau menafikan terlibat dalam promosi skim pelaburan tersebut.

"Saya hanya menyedari perkara ini malam tadi apabila ada rakan-rakan menghubungi dan berkongsi gambar iklan pelaburan itu.

"Pagi ini pun saya dihubungi banyak pihak bertanyakan tentang hal ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Andansura berkata, beliau tidak menolak kemungkinan ia kerja 'scammer' untuk memerangkap mangsa dengan menggunakan nama bank dan gambar individu tertentu termasuk gambarnya.

"Saya percaya skim pelaburan ini bukan dari bank berkenaan... pihak bank pun mungkin tidak tahu nama bank digunakan. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]