SALAM MAULIDURRASUL KEPADA PEMBACA PDO YANG BERAGAMA ISLAM| JIKA ADA ISU RAKYAT INGIN DISIARKAN, BOLEH EMAIL KE PAHANGDAILY@YAHOO.COM | JANGAN LUPA LIKE, FOLLOW N SHARE PAHANG DAILY ONLINE DI FACEBOOK # INSTAGRAM # TWITTER

Ahli Majlis Tertinggi PPBM Tak Terkejut UMNO Umum Pertimbang Untuk Tarik Diri Sokong PN

 


PETALING JAYA - Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Redzuan Yusof, tidak terkejut apabila UMNO mengumumkan ia pertimbang menarik diri daripada menyokong Perikatan Nasional (PN).

Redzuan ketika dihubungi berkata UMNO nampak seperti cuba menekan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya bersetuju dengan syarat-syaratnya, mengatakan ini boleh memberi kesan pada beberapa pemimpinnya.

“Ia sudah dijangka, kerana UMNO menggunakan situasi itu untuk menekan perdana menteri supaya bersetuju dengan beberapa syarat-syarat baharu (melibatkan) beberapa pemimpinnya.

“Saya secara peribadi tak terkejut,” katanya mengulas pengumuman UMNO semalam.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, semalam berkata parti Melayu itu sedang mempertimbangkan sokongannya kepada PN, dan akan mengemukakan kepada kerajaan syarat-syarat baharu untuk meneruskan kerjasama politk.

Beliau menambah UMNO turut akan mencadangkan Muafakat Nasional didaftarkan sebagai gabungan politik sah.

Syarat baharu UMNO itu akan dikemukakan dalam pertemuan dengan Muhyiddin.

Pengumumman UMNO itu menyusuli pertemuan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan Agong semalam.

Anwar sebelum ini mendakwa mendapat sokongan secukupnya untuk membentuk kerajaan baharu, mengatakan majoritinya ahli Parlimen Bumiputera. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]