Pages

Annuar Musa Minta Anwar Dedahkan Nama-Nama Ahli Parlimen UMNO Kemaruk Kuasa !

 


KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) menyifatkan mana-mana Ahli Parlimen UMNO yang memberi sokongan untuk bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai kemaruk kuasa.

Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa berkata, Presiden PKR itu boleh mendedahkan nama Ahli Parlimen UMNO yang dikatakan akan bersamanya, supaya rakyat tahu dan kenal siapa mereka.

Mereka itu, katanya, jika benar, adalah pemimpin yang hanya mementingkan diri, tanpa mengambil kira perbuatannya menggugat kestabilan negara.

“Di saat rakyat dalam keresahan dan penularan wabak Covid-19 yang mengancam nyawa, bagaimana boleh mereka melayan kemaruk kuasa dan cuba menggugat kestabilan negara ini.

“Kita harap senarai sebenar nama Ahli Parlimen UMNO itu segera didedahkan supaya rakyat kenal siapa mereka,” katanya kepada media.

Beliau mengulas kenyataan Anwar yang juga Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, yang dijadualkan akan mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah Selasa ini.

Dalam kenyataannya dua hari lalu, Ahli Parlimen Port Dickson itu dilaporkan berkata, dia akan mempersembahkan kepada baginda keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya untuk mengambil alih kerajaan daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Pada majlis mengadap itu, saya akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan seperti mana yang saya sebut sebelum ini.

“Saya amat berharap rakyat Malaysia untuk terus bertenang dan mendoakan dari rumah atau tempat pekerjaan masing-masing, serta menghormati Peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” kata Anwar yang dipetik sebagai berkata.

Pada 22 September lalu, ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sedang rancak berlangsung, Anwar membuat pengumuman mempunyai majoriti yang kukuh dan meyakinkan, iaitu hampir dua pertiga kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan.

Anwar mendakwa, sokongan Ahli Parlimen itu daripada pelbagai parti termasuk yang berpihak kerajaan sedia ada, namun enggan mendedahkan jumlah Ahli Parlimen yang menyokongnya. #sumber

1 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

DSAI ni bkn nya bodoh

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]