SALAM MAULIDURRASUL KEPADA PEMBACA PDO YANG BERAGAMA ISLAM| JIKA ADA ISU RAKYAT INGIN DISIARKAN, BOLEH EMAIL KE PAHANGDAILY@YAHOO.COM | JANGAN LUPA LIKE, FOLLOW N SHARE PAHANG DAILY ONLINE DI FACEBOOK # INSTAGRAM # TWITTER

Apa Tujuannya? Zahid Dakwa Hanya Tahu Ku Li Menghadap Agong Petang Tadi Menerusi Media

 


KUALA LUMPUR - UMNO tidak mengetahui Pengerusi Jemaah Penasihatnya Tengku Razaleigh Hamzah dibenarkan menghadap Yang di-Pertuan Agong sehingga ia berlaku, kata presiden parti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya tidak tahu mengenainya (sebelum ini). Saya hanya tahu daripada laporan media,” katanya pada sidang media hari ini.

Zahid berkata demikian ketika ditanya adakah veteran UMNO dan ahli Parlimen Gua Musang itu meminta izin parti sebelum menghadap Agong.

Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li, menghadap Agong petang tadi namun tidak jelas tujuannya berbuat demikian.

Bagaimanapun, sebelum ini terdapat laporan mengatakan kemungkinan Ku Li dijangka sama ada menyatakan sokongannya atau tidak kepada Anwar Ibrahim, yang sedang mencari jalan menjadi Perdana Menteri baharu.

Terdahulu, ketua pembangkang itu yang mendakwa mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu, menghadap Agong.

Zahid, yang juga ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, beliau masih menunggu undangan rasmi daripada istana jika berita mengenai Agong mahu bertemu dengan pemimpin parti politik adalah sahih.

Mengenai dakwaan Anwar mendapat sokongan sebahagian besar ahli Parlimen, Zahid berkata: “Saya tidak tahu tetapi beliau (Anwar) akan menunjukkan butiran kepada Agong.”

Zahid berkata, beliau menghormati undangan Agong untuk bertemu dengan pemimpin parti.

“Kami akan memperincikan butiran dengan maklumat selepas menghadap Agong,” katanya.

Ditanya adakah UMNO menyokong Anwar, beliau berkata sebarang keputusan perlu diputuskan parti.

Beliau berkata mesyuarat biro politik akan diadakan malam ini dan persoalan mengenai sokongan terhadap Anwar atau tidak bukanlah sebahagian agenda.

Zahid berkata sokongan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional adalah berdasarkan sokongan individu ahli Parlimen dan bukan parti berkenaan. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]