SALAM MAULIDURRASUL KEPADA PEMBACA PDO YANG BERAGAMA ISLAM| JIKA ADA ISU RAKYAT INGIN DISIARKAN, BOLEH EMAIL KE PAHANGDAILY@YAHOO.COM | JANGAN LUPA LIKE, FOLLOW N SHARE PAHANG DAILY ONLINE DI FACEBOOK # INSTAGRAM # TWITTER

Covid-19: Malaysia Mencatatkan 660 Kes Positif Baharu Dengan Empat Lagi Kematian

 


PUTRAJAYA -- Bilangan kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat lagi dengan sejumlah 660 kes baharu dilaporkan, selain turut mencatat empat kematian semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes positif itu, sebanyak 658 kes adalah penularan dalam negara yang melibatkan 618 kes warga tempatan dan 40 kes bukan warganegara.

Memperincikannya, beliau berkata 443 kes dilaporkan di Sabah manakala 76 kes di Selangor; Kedah pula 60 kes daripada Kluster Tembok; Pulau Pinang (23), Wilayah Persekutuan Labuan (18), Perak (16), Johor (10), Kuala Lumpur (sembilan), Negeri Sembilan (dua) dan Pahang (satu).

"Dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara pula melibatkan dua bukan warganegara iaitu dari India yang dilaporkan di Labuan dan satu dari Nepal yang dilaporkan di Kuala Lumpur," katanya dalam sidang media secara maya mengenai perkembangan COVID-19 di sini hari ini.

Beliau berkata ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di dalam negara adalah sebanyak 16,880 kes serta jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 sebanyak 5,345, manakala jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 pula sebanyak 163 kes.

Mengenai empat kematian yang dilaporkan hari ini, Dr Noor Hisham berkata kesemuanya dilaporkan di Sabah.

Beliau berkata dua kes kematian dilapor di Hospital Duchess of Kent, masing-masing melibatkan seorang wanita berusia 84 tahun yang mempunyai penyakit darah tinggi dan dislipidemia serta seorang lelaki berusia 83 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, kencing manis dan dislipidemia.

Satu kematian di lapor di Hospital Semporna melibatkan wanita bukan warganegara berusia 36 tahun dengan penyakit tuberkulosis dan satu lagi kematian ialah lelaki berusia 59 tahun di Hospital Tawau yang mempunyai penyakit buah pinggang kronik, katanya.

Beliau berkata sehingga kini, terdapat 101 kes positif COVID-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dan 32 kes memerlukan bantuan pernafasan. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]