SALAM MAULIDURRASUL KEPADA PEMBACA PDO YANG BERAGAMA ISLAM| JIKA ADA ISU RAKYAT INGIN DISIARKAN, BOLEH EMAIL KE PAHANGDAILY@YAHOO.COM | JANGAN LUPA LIKE, FOLLOW N SHARE PAHANG DAILY ONLINE DI FACEBOOK # INSTAGRAM # TWITTER

Covid-19: Sebanyak 563 Kes Positif Baharu, Dua Kematian, Lebih 5,000 Di Rawat Hari Ini

 


PUTRAJAYA - Sebanyak 563 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini dengan 2 kematian, manakala kes aktif dirawat di hospital seramai 5,039 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu Sabah mencatatkan jangkitan paling tinggi iaitu 291 kes diikuti Pulau Pinang 141 dan Selangor 69 kes.

Setakat ini Malaysia merekodkan 16,220 kes Covid-19 dengan 11,022 daripadanya disahkan sembuh.

“Daripada 563 kes hari ini, Sabah masih mencatat jumlah kes harian tertinggi iaitu 291 kes, namun ia rendah berbanding semalam iaitu 488 kes.

“Pulau Pinang mencatat lonjakan jumlah kes positif iaitu sebanyak 141 kes, namun semuanya daripada kluster Penjara Reman di mana semua kes ini sememangnya terasing daripada masyarakat iaitu dalam penjara,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata, Kuala Lumpur mencatatkan 27 kes, Negeri Sembilan (12), Kedah (10), Perak (4), Johor (2), Putrajaya (2), Labuan (2) serta masing-masing 1 di Sarawak dan Melaka.

Katanya, ketika ini seramai 5,039 pesakit dirawat di hospital dengan 98 daripadanya di unit rawatan rapi (ICU) dan 29 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Hari ini, 109 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital.

Turut dilaporkan 2 kematian di Sabah menjadikan jumlah keseluruhan kematian 159 orang. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]