SALAM MAULIDURRASUL KEPADA PEMBACA PDO YANG BERAGAMA ISLAM| JIKA ADA ISU RAKYAT INGIN DISIARKAN, BOLEH EMAIL KE PAHANGDAILY@YAHOO.COM | JANGAN LUPA LIKE, FOLLOW N SHARE PAHANG DAILY ONLINE DI FACEBOOK # INSTAGRAM # TWITTER

Covid-19: Sebanyak '589' Kes Positif Baharu, Dengan Tiga Kematian Di Rekodkan Hari Ini !

 


KUALA LUMPUR  -- Walaupun kes baharu COVID-19 masih mencatatkan angka membimbangkan iaitu 589 namun khabar gembiranya ialah 409 kes sembuh dicatatkan iaitu jumlah kes pulih tertinggi pernah direkodkan di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika memperincikan perkara itu berkata, ini menjadikan jumlah kes sembuh  sebanyak 12,014 kes atau 66.3 peratus dari keseluruhan kes.

Mengulas lanjut mengenai kes baharu, Dr Noor Hisham berkata daripada 589 kes baharu, 586 kes merupakan penularan tempatan manakala bakinya tiga kes import dibawa daripada individu yang pulang dari Indonesia dua kes dan satu kes dari Ukraine.

"Daripada penularan tempatan pula, 453 kes adalah warganegara Malaysia dan 133 kes adalah bukan warganegara dengan Sabah masih mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 304 kes atau 51.6 peratus," katanya dalam sidang media secara maya menerusi Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Dengan perkembangan ini katanya, jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini melepasi angka 18,000 iaitu 18,129 dengan kes aktif kebolehjangkitan 5,945 kes. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]