SALAM MAULIDURRASUL KEPADA PEMBACA PDO YANG BERAGAMA ISLAM| JIKA ADA ISU RAKYAT INGIN DISIARKAN, BOLEH EMAIL KE PAHANGDAILY@YAHOO.COM | JANGAN LUPA LIKE, FOLLOW N SHARE PAHANG DAILY ONLINE DI FACEBOOK # INSTAGRAM # TWITTER

Covid-19: Sebanyak 629 Kes Positif Baharu, Enam Lagi Kematian Di Rekodkan Hari Ini !

 


KUALA LUMPUR -- Jumlah kes baharu COVID-19 di negara ini kekal tiga angka untuk 16 hari berturut-turut dengan 629 kes hari ini, selain turut merekodkan enam lagi kematian baharu dan 245 kes pulih.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dengan perkembangan baharu itu, menjadikan keseluruhan kes di Malaysia kini sebanyak 18,758 kes, manakala jumlah kematian akibat wabak itu adalah 176 individu dan 12,259 kes pulih sepenuhnya.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 6,323 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya dalam sidang media secara maya menerusi Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Sabah terus mencatatkan jumlah kes baharu tertinggi iaitu 489 kes, susulan lebih banyak keputusan makmal diperoleh.

Beliau berkata makmal di Sabah telah menjalankan 3,296 ujian semalam dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membantu menghantar 5,340 sampel ke Semenanjung Malaysia untuk diproses segera.

Dr Noor Hisham berkata bagi negeri-negeri di Lembah Klang yang dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Selangor mencatat 50 kes baharu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (lapan kes) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (dua kes).

Katanya Pulau Pinang mencatat 33 kes, Wilayah Persekutuan Labuan (19 kes), Perak (sembilan kes), Kedah (tujuh kes), Johor (lima kes), Melaka (tiga kes) dan masing-masing satu kes di Negeri Sembilan dan Pahang.

Mengulas lanjut, beliau berkata sebanyak 627 kes adalah penularan di dalam negara membabitkan 577 warganegara dan 50 rakyat asing, manakala dua kes import dilaporkan masing-masing melibatkan warganegara  yang pulang dari New Zealand dan Singapura.

“Bagi penularan tempatan,16 kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, yang menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 Sept adalah sebanyak 437 kes,” katanya.

Mengenai kematian baharu, beliau berkata lima kes direkodkan di Sabah yang melibatkan rakyat Malaysia dan seorang warga asing di Kuala Lumpur.

Dr Noor Hisham berkata di Sabah, kematian ke-171 merupakan seorang lelaki berusia 66 tahun di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu dengan latar belakang penyakit darah tinggi, kencing manis dan strok; kematian ke-172 juga lelaki berumur 72 tahun di Hospital Duchess of Kent, Sandakan dengan penyakit jantung dan kematian ke-173 lelaki berumur 39 tahun di Hospital Semporna yang menghidap penyakit strok.

Kematian ke-174 dan ke-175 masing-masing di Hospital Queen Elizabeth, melibatkan wanita berumur 74 tahun dengan penyakit darah tinggi, kencing manis serta buah pinggang dan lelaki berumur 67 tahun dengan penyakit darah tinggi, jantung dan strok.

“Di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur iaitu kematian ke-176 melibatkan lelaki warga asing berusia 52 (tahun) dengan latar belakang penyakit kencing manis, jantung, psoriasis (penyakit kulit) dan tulang belakang,” katanya.

Seramai 99 individu positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 31 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]