Pages

Covid-19: Sebanyak 871 Kes Positif Baharu Dan Tujuh Kematian Di Laporkan Hari Ini !

 


PUTRAJAYA: Sebanyak 871 kes baru Covid-19 dan 7 kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Ini ialah rekod tertinggi jangkitan harian sejak pandemik itu dilaporkan di Malaysia. Rekod terdahulu ialah 869 kes yang dilaporkan semalam.

Tujuh kematian yang dilaporkan hari ini membabitkan 6 pesakit di Sabah dan satu di Selangor, di mana 5 daripadanya ialah warganegara dan 2 lagi warga asing berusia 41 hingga 70 tahun.

Empat daripada pesakit itu mempunyai sejarah penyakit kronik, manakala 3 lagi tiada masalah kesihatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham berkata, 701 pesakit yang dilaporkan sembuh hari ini juga merupakan rekod harian tertinggi.

Ini menjadikan keseluruhan 13,262 pesakit pulih daripada 20,498 kes Covid-19 di negara ini.

Katanya, 866 daripada 871 kes baru hari ini membabitkan jangkitan tempatan dan 5 lagi kes import.

“Daripada 866 kes penularan di dalam negara, 2 kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 Sept ialah 443 kes,” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata, 97 kes atau 11.1% hari ini daripada kluster Tembok, Penjara Reman, Penjara Seberang Perai dan Kluster Penjara Kepayan.

Sabah terus merekodkan jumlah jangkitan tertinggi, iaitu 702 kes baru dan Hisham berkata, lonjakan itu disebabkan sejumlah besar sampel ujian dari Sabah yang dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan.

Katanya, sejak pandemik mula dilaporkan di Malaysia, seramai 251,030 individu di Sabah sudah menjalani ujian saringan dan kadar positiviti Covid-19 di Sabah mencecah 2.96% sehingga kini.

Selangor menyusul Sabah dengan jumlah kes baru ke-2 tertinggi hari ini, iaitu 72 kes, diikuti Pulau Pinang (45), Perak (10), Labuan (9), Kedah (9), Kuala Lumpur (7), Sarawak (5), Negeri Sembilan (3), Terengganu (2), Johor dan Melaka masing-masing satu kes.

Hisham berkata, 5 kes import itu membabitkan 3 warganegara dan 2 warga asing dari India (2 kes di Selangor), Nepal (2 kes di Selangor) dan Singapura (1 kes di Selangor).

Seramai 7,049 pesakit Covid-19 masih dirawat di seluruh negara dengan 28 daripada 86 orang yang ditempatkan di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]