SALAM MAULIDURRASUL KEPADA PEMBACA PDO YANG BERAGAMA ISLAM| JIKA ADA ISU RAKYAT INGIN DISIARKAN, BOLEH EMAIL KE PAHANGDAILY@YAHOO.COM | JANGAN LUPA LIKE, FOLLOW N SHARE PAHANG DAILY ONLINE DI FACEBOOK # INSTAGRAM # TWITTER

Dewan Rakyat Terima 30 Usul Dari 25 Ahli Bagi Sidang Mesyuarat Yang Akan Datang

 


KUALA LUMPUR -- Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat menerima 30 usul daripada 25 ahli Dewan Rakyat sehingga petang tadi bagi sidang mesyuarat Dewan Rakyat akan datang.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun dalam satu kenyataan berkata kesemua usul yang dikemukakan itu akan diteliti dan dipertimbangkan mengikut Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Beliau memaklumkan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 Dewan Rakyat akan berlangsung selama 27 hari bermula 2 Nov hingga 15 Dis ini.

“Sesi sidang mesyuarat kali ini telah dimaklumkan melalui satu pemberitahuan oleh Setiausaha Dewan Rakyat kepada ahli-ahli Dewan Rakyat bertarikh 2 Okt 2020,” katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]