Pages

SELAMAT DATANG KE PORTAL PAHANG DAILY ONLINE (PDO) JIKA ADA ISU RAKYAT INGIN DISIARKAN, BOLEH EMAIL KE PAHANGDAILY@YAHOO.COM | JANGAN LUPA LIKE, FOLLOW N SHARE PAHANG DAILY ONLINE DI FACEBOOK # INSTAGRAM # TWITTER

Dr Maszlee Kemukakan Usul Supaya Dewan Rakyat Tangguh Sementara Urusan Kerajaan

 


KUALA LUMPUR -- Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik berkata beliau telah mengemukakan satu usul supaya Dewan Rakyat akan datang menangguhkan terlebih dahulu urusan kerajaan buat sementara untuk memberi laluan kepada usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri didengar dan diputuskan.  

Beliau berkata usul itu penting bagi memastikan keabsahan sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali gus menentukan kestabilan politik negara.

“Saya sebagai Ahli Parlimen telah menghantar satu usul di bawah Peraturan 90(2) untuk menggantung sementara kuat kuasa Peraturan 15(1) & beberapa peraturan mesyuarat lain yang berkaitan agar PM tak lagi boleh berselindung di sebalik teknikal undang-undang,” menurutnya dalam kenyataan media menerusi ciapan dan bebenang di akaun Twitter rasmi beliau hari ini.

Maszlee berkata usul menggantung sementara kuat kuasa Peraturan 15(1) di bawah Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang menyatakan bahawa urusan kerajaan perlu didahulukan berbanding urusan lain itu telah dikemukakan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun pada 16 Okt lepas.

"Bererti melalui usul ini, saya telah meminta Dewan Rakyat membuat keputusan agar urusan kerajaan ditangguhkan sementara dan usul undi tidak percaya yang dibawa Yang Berhormat Langkawi (Tun Dr Mahathir Mohamad) terhadap Perdana Menteri dibaca dan diputuskan terlebih dahulu,” katanya.

Usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin pertama kali dikemukakan oleh Dr Mahathir pada persidangan Dewan Rakyat Mei lalu selepas diterima bekas Yang Dipertua Dewan Tan Sri Mohamad Ariff Mohd Yusof dan dibawa pada persidangan Julai.

Usul itu bagaimanapun tidak sempat dibahaskan.

Pada 14 Okt lepas, Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menggesa agar usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri diberi keutamaan untuk dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat yang dijadual bermula 2 Nov depan.

Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO itu berpandangan usul tersebut penting dalam menentukan bahawa Perdana Menteri mendapat kepercayaan Dewan Rakyat selaras dengan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

Rentetan gesaan itu, pada 16 Okt lepas, seramai 16 Ahli Parlimen mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen Keempat Belas dijadual berlangsung dari 2 Nov sehingga 15 Dis. Persidangan kali ini akan turut menyaksikan pembentangan Belanjawan 2021, yang dijadualkan pada 6 Nov. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]