SALAM MAULIDURRASUL KEPADA PEMBACA PDO YANG BERAGAMA ISLAM| JIKA ADA ISU RAKYAT INGIN DISIARKAN, BOLEH EMAIL KE PAHANGDAILY@YAHOO.COM | JANGAN LUPA LIKE, FOLLOW N SHARE PAHANG DAILY ONLINE DI FACEBOOK # INSTAGRAM # TWITTER

Kementerian Pendidikan Di Gesa Siasat Aduan Pegawai JPN Pahang 'Ugut & Perangkap' Guru !

KUANTAN - Unit Integriti, Kementerian Pendidikan Malaysia (KKM) diminta menyiasat satu aduan berkaitan kes ugutan di sebuah sekolah di daerah ini oleh seorang pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang.

Pegawai terbabit yang dikenali sebagai Halimi Ghazali (foto) telah datang ke kedai buku di sekolah berkenaan dan kemudiannya memanggil, mengugut dan cuba menakutkan guru.

 "Ini kedai siapa? siapa punya kedai ini? cakap! kalau tidak saya bawa ke lokap, saya repot ke SPRM!,"  sergah pegawai berkenaan.

"Minta Unit Integriti siasat bagaimana tiba-tiba pegawai berkenaan datang menerjah dan siasat kedai buku sekolah? ini arahan siapa?," kata sumber.

Dakwa sumber itu lagi, sebelum ini tidak pernah ada pegawai jabatan yang datang menyiasat hal-hal kedai buku sekolah.

Namun dakwanya selepas Guru Besar, Hamidah Abdul Hamid (foto) meninggalkan sekolah terbabit, tiba-tiba pegawai JPN Pahang turun menyiasat. 

Difahamkan sebelum ini Hamidah adalah penama akaun dan pemegang ID "online banking" kedai buku tersebut.

Setelah beliau berpindah ke sekolah lain, beberapa kali beliau menyuruh pengurus kedai menukarkan penama kepada guru besar yang baharu, Namun guru besar baharu sekolah terbabit dalam diam tidak berbuat demikian disebabkan ada unsur yang tidak betul dan mencurigakan.

"Beliau tidak mahu mngambil risiko. Apabila Pegawai JPN Pahang itu bertanyakan siapa penama akaun kedai buku? Guru Besar itu menjawab, saya masih lagi tidak menukarkan penama, kedai buku ini dan masih kekal penama asal iaitu Hamidah Abdul Hamid.

Mendengar jawapan itu, pegawai terbabit (Halimi Ghazali) terus terdiam, tersipu-sipu semacam ada yang tidak kena. Selepas iyu tiada lagi pertanyaan dan siasatan dibuat.

"Seolah-olah ada satu konspirasi untuk mengenakan guru besar baharu sekolah terbabit tapi tidak menjadi. Mungkin pihak berkenaan sudah menjangkakan penama sudah ditukar, sebab itulah tergesa- gesa mereka turun siasat, namun tidak berlaku demikian"

"Kenapa tidak teruskan siasatan terhadap guru besar lama (Hamidah)? Apakah ini satu perancangan untuk menjerat seseorang, sedangkan orang yang betul-betul melakukkan tidak disiasat?," kata sumber terbabit.

Difaham guru besar lama (Hamidah) adalah pihak yang mendedahkan hal-hal kedai buku kepada JPN Pahang itu sebenarnya.

Beliau mempunyai ramai kenalan pegawai dalaman di JPN Pahang (merujuk kepada Puan Asiah Hamzah, Hirudin Mohit, Johari M.Salim dan Sakri Muda) untuk menutup kesalahannya yang membuka akaun atas nama sendiri.

Dalam masa yang sama, cuba pula memerangkap guru besar baharu supaya menukar nama secepat mungkin.

"Apa tujuan siasatan sekiranya pemilik akaun asal tidak disiasat dan tiada apa-apa tindakan dari JPN Pahang," kata sumber itu lagi.

Difaham ada pegawai JPN telah turun untuk menyiasat dan mengesahkan kes ugutan ini. Guru besar baharu telah membuat akuan bersumpah ada unsur ugutan. Namun, dikatakan borang yang telah ditandatangani beliau telah 'ghaib' dan kes itu telah ditutup.

Di Mana ketelusan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang di bawah Pengarah baharu iaitu Tuan Zaimi Abu Bakar? Perbuatan itu jelas cuba mengugut guru-guru dan cuba memerangkap guru besar  baharu, kenapa ada pihak yang terlepas? di mana keadilan?. #pahangdaily

8 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Betul ke ni?
Kami warga SK Belukar menafikan berita ini. Janganlah memfitnah untuk kepentingan perbadi.Insaflah.

Abe said...

Berani lagi siar gambar org dgn fitnah.
Pahang Daily ni nak apa? Agaknya berhenti
apabila akhirnya setelah “mulut berisi tanah”!
Jangan ambil mudah amaran hadis yang
mengingatkankita dengan nafsu dan keinginan
yang tak pernah puas.

Anonymous said...

Lagi lagi kes Skoloh Belukar. Kami yang tinggal kat kawasan sini pun dah naik malu dengan kes kat skolah ni.

Anonymous said...

Saya amat setuju jika kes ini disiasat oleh SPRM. Mungkin terdapat banyak salahlaku pengurusan kedai buku PIBG kampong saya ni.Memang setiap kali mesorat agong PIBG tidak ada pun dibentangkan penyata kira-kira untung rugi kedai buku ini. Saya dapat tahu kedai buku ini kepunyaan cikgu cikgu sekolah ini dan bukannya dibawah PIBG. Nama sahaja kedai buku PIBG tapi cikgu cikgu yang berniaga. Mohon SPRM siasat.

Anonymous said...

Astarafirullah
Apa lagi YDP PIbg ni nak. Kami AJK PIBG sk blukar pun memey dah meluat dengan YDP kami ni, gila kuasa. Cikgu besar dan guru koko ni pun dua kali lima. Anak kami x blajar, cikgu ponteng kelas. Dgr kate dr PKR dah masuk bersatu . Gi lah cari kerja.

Anonymous said...

Setuju dengan berita ini. Minta KPM siasat. Dan tolong siasat juga isu Guru Besar sebuah sekolah yang ada skandal dengan bini orang iaitu cikgunya sendiri. Katanya gambarnya telah tular di FB sekarang. Apa nak jadi dengan dunia pendidikan hari ini. Moga kita semua dilindungi Allah

Anonymous said...

Dengar cherita dari chekgu chekgu Sekolah Belukar, SPRM dah datang siasat. Apa cherita ?

Anonymous said...

Info dari cikgu yang ajar kat rumah skolah Belukar tu, semua itu adalah fitnoh yang diranchang daripada cikgu besarnya sediri, cikgu kokorikulum dan ketua pibg.SPRM dah datang siasat, kpm dari putrajaya dah siasat juga. Tak sabit pun.

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]