SALAM MAULIDURRASUL KEPADA PEMBACA PDO YANG BERAGAMA ISLAM| JIKA ADA ISU RAKYAT INGIN DISIARKAN, BOLEH EMAIL KE PAHANGDAILY@YAHOO.COM | JANGAN LUPA LIKE, FOLLOW N SHARE PAHANG DAILY ONLINE DI FACEBOOK # INSTAGRAM # TWITTER

Kes Bunuh Bayi: Enggan Berikan Kerjasama, Suspek Di Angkat Polis Masuk Mahkamah !

 


BACHOK – Suasana di perkarangan Mahkamah Majistret Bachok, di sini hari ini, ‘menyaksikan’ seorang lelaki yang dipercayai suspek kes bunuh bayi berumur lapan bulan, terpaksa diangkat beberapa anggota polis apabila lelaki itu enggan memberi kerjasama bagi prosedur perintah tahanan reman terhadapnya.

Lelaki berusia 40 tahun itu, dilihat enggan turun dari kenderaan polis yang membawanya dari Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok, sejurus tiba di perkarangan mahkamah berkenaan kira-kira pukul 9.20 pagi.

Suspek yang dipercayai mempunyai masalah mental ingin membaca pelbagai surah Al-Quran atas alasan untuk berdoa sebagai ‘pendinding diri’ dan pihak polis cuba memujuknya kira-kira 10 minit, namun, lelaki itu tidak mengendahkannya.

Tindakannya yang degil itu, memaksa seorang anggota polis menarik suspek keluar dari kenderaan terbabit, kemudian lima lagi anggota terpaksa mengangkat dan mengusung lelaki itu sehingga masuk ke dalam mahkamah, bagi meneruskan prosedur perintah reman tersebut.
Majistret Mohd Dinie Syazwan Ab Shukor kemudiannya mengarahkan suspek yang juga seorang pekebun, dikenakan perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Selasa depan.

Perintah reman tersebut mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Semalam dilaporkan, polis menemui mangsa Wan Mohamad Afiq Wan Roslan, lapan bulan, dalam keadaan menyayat hati dengan badannya dilumur garam dan dimasukkan ke dalam guni yang disorokkan di bawah meja di bahagian dapur di sebuah rumah, dipercayai dibunuh bapa kandungnya di Kampung Sungai Dua, Melawi, dekat sini. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]