SALAM MAULIDURRASUL KEPADA PEMBACA PDO YANG BERAGAMA ISLAM| JIKA ADA ISU RAKYAT INGIN DISIARKAN, BOLEH EMAIL KE PAHANGDAILY@YAHOO.COM | JANGAN LUPA LIKE, FOLLOW N SHARE PAHANG DAILY ONLINE DI FACEBOOK # INSTAGRAM # TWITTER

Rayuan Anwar Berhubung Saman Sabitan Kes Liwat Akan Di Dengar Pada 11 Januari Depan !

 


KUALA LUMPUR - Rayuan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keputusjan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk membatalkan saman pemula seorang peguam berhubung pengampunan penuh diberikan kepada beliau bagi sabitan dan hukuman penjara dalam kes meliwat pembantunya, akan didengar oleh Mahkamah Rayuan pada 11 Januari tahun depan.

Peguamnya J Leela berkata, tarikh itu ditetapkan ketika pengurusan kes di hadapan timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Noridah Adam yang dikendalikan secara dalam talian menerusi sistem e-Review hari ini.

“Rayuan Anwar Ibrahim akan didengar bersama-sama rayuan Lembaga Pengampunan,” katanya menerusi WhatsApp.

Plaintif, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz diwakili peguam Mohamad Farhan Kamarudin.

Pada 21 September, Hakim Mahkamah Tinggi Akhtar Tahir menolak permohonan presiden PKR itu dan permohonan serupa daripada Lembaga Pengampunan selepas memutuskan bahawa, antara lain, plaintif mempunyai locus standi untuk memulakan saman tersebut kerana beliau adalah orang awam dan orang yang berkelayakan sebagai peguam.

Ahli Parlimen Port Dickson itu memfailkan permohonan tersebut pada 13 Mei lalu atas alasan bahawa, antara lain, Khairul tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan saman pemula dan ia adalah remeh, memalukan serta penyalahgunaan proses mahkamah.

Khairul, menerusi firma guaman Tetuan Raja Riza & Associates, telah menamakan Lembaga Pengampunan dan Anwar masing-masing sebagai defendan pertama dan ke-2 dalam saman pemulanya yang difailkan pada 26 Februari tahun ini.

Peguam itu mendakwa pengampunan yang diberikan kepada Anwar oleh Yang di-Pertuan Agong adalah bercanggah dengan Perkara 42 (4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan berdasarkan fakta bahawa pengampunan yang diperkenan oleh Agong hendaklah atas nasihat Lembaga Pengampunan.

Khairul mendakwa lembaga itu belum dibentuk secara rasmi selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018 dan pembentukan kerajaan baharu.

Beliau juga mendakwa susulan pilihan raya itu, beberapa tindakan yang bercanggah dengan perlembagaan telah diambil bagi memastikan Anwar mendapat pengampunan yang membawa kepada pembebasannya dari penjara.

Anwar dijatuhi hukuman penjara 5 tahun bagi kesalahan meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan sabitan serta hukuman itu dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb 2015. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]