SALAM MAULIDURRASUL KEPADA PEMBACA PDO YANG BERAGAMA ISLAM| JIKA ADA ISU RAKYAT INGIN DISIARKAN, BOLEH EMAIL KE PAHANGDAILY@YAHOO.COM | JANGAN LUPA LIKE, FOLLOW N SHARE PAHANG DAILY ONLINE DI FACEBOOK # INSTAGRAM # TWITTER

Marzuki: Cadangan Melantik Bukan Islam Jadi Pengurus Besar Hotel TH Tabung Haji Di Tolak

KUALA LUMPUR - Isu orang bukan Islam bakal dilantik sebagai Pengurus Besar sebuah hotel milik Lembaga Tabung Haji sudah selesai apaabila Lembaga Pengarah TH dalam satu mesyuarat pada 1 Oktober lalu menolak cadangan tersebut.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary, cadangan untuk melantik ahli profesional bukan Islam itu datang dari pihak pengurusan tertinggi TH untuk dibawa ke mesyuarat Lembaga Pengarah.

Tambahnya, cadangan yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Nik Hasyudeen Yusoff itu tidak pernah dibincangkan bersama Pejabat Menteri atau Timbalan Menteri JPM sebelum dikemukakan kepada Lembaga Pengarah.

“Walau bagaimanapun, Alhamdulillah, cadangan tersebut telah pun ditolak oleh Lembaga Pengarah TH pada 1 Oktober.

“Dengan penolakan ini, maka tidak berbangkit lagi soal lantikannya dan saya ingin menjelaskan secara tuntas dan muktamad bahawa tidak berlaku lantikan Pengurus Besar bukan Islam tersebut sebagaimana dakwaan atau kegusaran sesetengah pihak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini,

Tambah Marzuk, pihak pengurusan TH juga telah diarahkan untuk mengemukakan semula cadangan pengurus besar hotel yang baharu dan beragama Islam supaya lebih sesuai dengan visi institusi berkenaan.

“Saya menghargai segala komen dan pandangan masyarakat serta sentimen mereka yang gelisah dengan isu sebegini.

“Justeru, setiap agensi di bawah JPM (Hal Ehwal Agama) termasuk dan khususnya TH sentiasa dinasihatkan agar lebih peka dengan segala tindakan yang boleh mengundang kerisauan dan keresahan rakyat,” katanya lagi.#sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]