SALAM MAULIDURRASUL KEPADA PEMBACA PDO YANG BERAGAMA ISLAM| JIKA ADA ISU RAKYAT INGIN DISIARKAN, BOLEH EMAIL KE PAHANGDAILY@YAHOO.COM | JANGAN LUPA LIKE, FOLLOW N SHARE PAHANG DAILY ONLINE DI FACEBOOK # INSTAGRAM # TWITTER

PAS Mahukan Penjelasan UMNO, Kenyataan Pertimbang Untuk "Tarik Diri" Daripada PN !

 


KUALA LUMPUR - Parti IslamSeMalaysia (PAS) melalui Muafakat Nasional (MN) akan mendapatkan penjelasan Umno berhubung langkah parti itu mempertimbangkan untuk menarik diri daripada menyokong Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagaimanapun yakin apa jua perkara boleh diselesaikan.

“Ini melalui perbincangan dalaman antara semua parti terlibat,” katanya ringkas hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan semalam yang mengumumkan parti itu akan mempertimbangkan menarik diri daripada menyokong PN dan menetapkan syarat baru kepada kerajaan untuk meneruskan kerjasama politik.

Ahmad dilaporkan berkata, syarat baru UMNO akan dikemukakan dalam pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dijadualkan berlangsung hari ini. Namun, beliau tidak memperincikan pertemuan itu.

Semalam, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong selama sejam untuk mempersembahkan sokongan ahli Parlimen kepadanya bagi menubuhkan kerajaan baru.

Ketua pembangkang itu pada sidang media petang semalam berkata, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah akan menemui beberapa pemimpin parti politik dalam beberapa hari ini selepas beliau menyerahkan dokumen membuktikan sokongan ahli Parlimen kepadanya.

Katanya, beliau mendapat sokongan lebih 120 ahli Parlimen dan dokumen sahih yang diserahkannya kepada Agong terdiri daripada akuan bersumpah dan pengesahan ketua parti.

Bagaimanapun, Istana Negara memaklumkan Anwar hanya mengemukakan jumlah, bukannya senarai nama ahli Parlimen untuk mengukuhkan dakwaannya mempunyai sokongan mencukupi. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]