Pages

SELAMAT DATANG KE PORTAL PAHANG DAILY ONLINE (PDO) JIKA ADA ISU RAKYAT INGIN DISIARKAN, BOLEH EMAIL KE PAHANGDAILY@YAHOO.COM | JANGAN LUPA LIKE, FOLLOW N SHARE PAHANG DAILY ONLINE DI FACEBOOK # INSTAGRAM # TWITTER

Permohonan Dua Syarikat Pembalakan Saman Penduduk Akan Diketahui Pada 5 November Ini

 


KUANTAN - Permohonan mendapatkan injuksi kekal secara inter-parte yang difailkan dua syarikat pembalakan terhadap lapan penduduk kampung yang didakwa menghalang kerja mengambil hasil hutan berhampiran Kampung Baharu, Jerantut kira-kira 120 kilometer dari sini, akan diputuskan pada 5 Nov ini.

Hakim Mahkamah Tinggi di sini Datuk Zainal Azman Ab Aziz menetapkan tarikh itu pada prosiding sebutan hari ini, dan perkara itu dimaklumkan oleh peguam Datuk Jacob Goldie yang mewakili dua syarikat pembalakan berkenaan selaku plaintif.

Pada prosiding itu, defendan diwakili oleh peguam Charles Hector Fernandez.

Syarikat pembalakan Beijing Million Sdn Bhd dan Rosah Timber & Trading Sdn Bhd memfailkan permohonan itu pada 14 Julai lalu selepas mendakwa diganggu oleh tindakan defendan menghalang kerja mengambil hasil hutan dan memuat naik kenyataan atau gambar tidak tepat di laman Facebook berkaitan plaintif.

Lapan defendan yang dinamakan ialah Mohamed Said, 62; Mohamed Zarrif Mahmud, 29; Mohamad Hafizi Rosnan, 30; Saifulnizam Sulaiman, 33; Sukmarizal Nazman, 27; Shukran Firdaus Nazman, 29; Mohammad Zakirin Hasan, 36; dan Mohamad Lozi Mohd Nasir, 45 tahun.

Plaintif mendakwa telah memperoleh hak di bawah satu lesen bagi mengambil hasil hutan di kawasan seluas 202.61 hektar di Komparment 1 Hutan Simpan Jerantut daripada Jabatan Perhutanan Pahang pada 28 Jan 2019 dengan jangkaan mula kerja pada awal tahun ini.

Plaintif mendakwa Pejabat Perhutanan Jerantut telah mengadakan sesi pertemuan bagi memberi penerangan berhubung kerja mengambil hasil hutan itu bersama penduduk yang turut dihadiri empat defenden pertama pada 24 Jan 2020 dan 15 Feb lalu.

Selepas sesi itu, plantif berkata mula membuat persediaan kerja dengan membawa masuk jentera ke tapak pada 19 Feb 2020, namun mendakwa defenden telah menganggu kerja mereka sehingga pekerja terpaksa meninggalkan kawasan itu dan membuat laporan polis untuk keselamatan diri.

Kejadian itu, menurut plaintif juga menyebabkan Pejabat Perhutanan Jerantut mengeluarkan surat penangguhan mengambil hasil hutan berkuat kuasa 20 Feb 2020 sehingga isu itu selesai, yang didakwa menyebabkan plaintif menanggung kerugian.

Plaintif mendakwa mereka telah mengarahkan peguam untuk menghantar notis kepada semua defenden bagi meminta mereka menghentikan aktiviti bantahan atau memuat naik kenyataan dan gambar tidak benar di Facebook pada 12 Feb 2020, namun tidak diendahkan defenden.

Tindakan itu menyebabkan plaintif pada 10 Jun lalu menghantar surat makluman kepada defenden memaklumkan mereka akan mengambil tindakan undang-undang termasuk memohon perintah injuksi terhadap defendan.  #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]