Pages

PM Beredar Selepas Dua Jam Berumpa Agong, Tiada Sebarang Pengumuman Rasmi Di Buat !

 


KUANTAN: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meninggalkan Istana Abdulaziz selepas lebih dua jam menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Abdulaziz dejkat sini, dipercayai berhubung kemungkinan perintah darurat separa untuk menangani Covid-19.

Difahamkan tiada pengumuman secara langsung akan dibuat oleh Perdana Menteri malam tadj, malah kenyataan rasmi juga tidak mungkin dikeluarkan.

Terdahulu, media melaporkan kenderaan membawa Muhyiddin dilihat meninggalkan istana pada 7.10 malam. Beliau tiba di istana pada 4.40 petang semalam.

Turut kelihatan kenderaan membawa Panglima Angkatan Tentera Affendi Buang, dan beberapa kereta rasmi milik kerajaan Pahang.

Difahamkan konvoi itu yang membawa perdana menteri terus ke Pangkalan Tentera Udara Kuantan untuk menaiki pesawat pulang ke Kuala Lumpur.

Pagi semalam Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Putrajaya untuk membincangkan isu semasa dan urusan kerajaan. Affendi juga dipercayai hadir dalam mesyuarat itu.

Spekulasi tersebar luas mendakwa kerajaan mempertimbangkan langkah darurat untuk menangani Covid-19 yang merekodkan angka jangkitan 700 hingga 800 kes sehari.

Langkah untuk mendapatkan perintah darurat itu dikritik oleh pembangkang yang menyatakan ia adalah pengakuan kegagalan dan usaha Muhyiddin untuk menyelamatkan kedudukan dalam menghadapi beberapa usul undi tidak percaya terhadapnya yang dibawa ke Dewan Rakyat.

Beberapa peguam terkemuka turut menyatakan langkah darurat tidak perlu, kerana ada kuasa yang mencukupi mengikut undang-undang untuk menangani krisis. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]