SALAM MAULIDURRASUL KEPADA PEMBACA PDO YANG BERAGAMA ISLAM| JIKA ADA ISU RAKYAT INGIN DISIARKAN, BOLEH EMAIL KE PAHANGDAILY@YAHOO.COM | JANGAN LUPA LIKE, FOLLOW N SHARE PAHANG DAILY ONLINE DI FACEBOOK # INSTAGRAM # TWITTER

Polis Buru Suspek Kes Judi, Macau Scam Yang Melarikan Diri Selepas Di Bebaskan SPRM !

 


KUALA LUMPUR  -- Polis kini memburu suspek kes judi dalam talian dan Macau Scam yang melarikan diri selepas dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahad lepas.

Lelaki dikenali sebagai Goh Leong Yeong, 32, beralamat terakhir di Miharja Condo, Bt. 2 1/2, Off Jln Cheras, Kuala Lumpur.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata suspek terlibat dalam tiga kes mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Suspek yang terlibat dalam penganjuran judi online di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor itu telah melarikan diri selepas dibebaskan dengan jaminan oleh SPRM baru-baru ini kerana terbabit dalam kes Macau Scam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras DSP Ahmad Zamri Jai di talian 012-8993622 atau pegawai penyiasat Insp Muhamad Faizal Asuar di talian 017-3126411 atau balai polis berhampiran.

Pada Ahad lepas, seorang suspek utama sindiket 'cuci duit' atau pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan perniagaan melibatkan selebriti tanah air, dilapor melarikan diri daripada ditahan pihak polis dengan memanjat pagar SPRM.

Dia dikatakan dibantu dua pengawal peribadinya untuk melarikan diri sebaik dilepaskan SPRM.

Sementara itu, Huzir berkata tiga suspek yang ditahan sebelum ini selepas dibebaskan SPRM bagi membantu siasatan kes perjudian Macau Scam, kini disiasat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Jenayah 1959 selama 21 hari sehingga 3 Nov ini.

Menurutnya, kesemua suspek ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan penganjuran judi dalam talian sekitar Selangor dan Kuala Lumpur,

“Kesemua tangkapan ini dibuat selepas mereka dibebaskan dengan jaminan oleh SPRM kerana terlibat dengan kes Macau Scam baru-baru ini,” katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]