SALAM MAULIDURRASUL KEPADA PEMBACA PDO YANG BERAGAMA ISLAM| JIKA ADA ISU RAKYAT INGIN DISIARKAN, BOLEH EMAIL KE PAHANGDAILY@YAHOO.COM | JANGAN LUPA LIKE, FOLLOW N SHARE PAHANG DAILY ONLINE DI FACEBOOK # INSTAGRAM # TWITTER

Taikun Hartanah Terkenal Sarawak, Ting Pek Khiing Meninggal Dunia Di Kediamannya !

 


KUCHING  -- Taikun hartanah terkenal dari Sarawak, Tan Sri Ting Pek Khiing,  75, menghembuskan nafas terakhir petang semalam di kediamannya di Jalan Setia Raja di sini.

Berita kematian itu disahkan anggota keluarga mendiang yang enggan namanya disiarkan.

Namun, maklumat lanjut belum diperoleh berikutan keluarga mendiang tidak bersedia mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

Berdasarkan tinjauan Bernama, beberapa van yang membawa bunga dan peralatan lain dilihat memasuki rumah mendiang.

Ting terkenal apabila dapat membina sebuah hotel di pulau Langkawi dalam tempoh 100 hari sebagai persediaan untuk Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) pada 1991.

Mendiang yang sangat dikenali dalam pembangunan hartanah dan infrastruktur turut melakar nama menerusi penglibatannya dalam pembinaan beberapa buah lapangan terbang di negara ini.

Ting juga terlibat dalam peringkat awal pembinaan projek Hidroeletrik Bakun, yang merupakan antara projek terbesar dunia seumpama itu pada tahun 1990-an. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]