SALAM MAULIDURRASUL KEPADA PEMBACA PDO YANG BERAGAMA ISLAM| JIKA ADA ISU RAKYAT INGIN DISIARKAN, BOLEH EMAIL KE PAHANGDAILY@YAHOO.COM | JANGAN LUPA LIKE, FOLLOW N SHARE PAHANG DAILY ONLINE DI FACEBOOK # INSTAGRAM # TWITTER

Tajuddin: "Tidak Puas Hati" Terhadap Perikatan Nasional, Jangan Terkejut UMNO Sokong Anwar

 


KUALA LUMPUR - Seorang ahli majlis tertinggi UMNO hari ini memaklumkan parti itu sedia bekerjasama dengan Presiden PKR, Datyk Seri Anwar Ibrahim, sekiranya pemimpin berkenaan mempunyai formula yang dapat membahagiakan semua parti terlibat.

Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata tidak mustahil parti lain turut memberikan sokongan kepada Anwar, sekiranya berpendapat pemimpin berkenaan boleh memberikan apa yang parti itu mahukan.

Menurutnya, UMNO sendiri sudah tidak berpuas hati dengan Perikatan Nasional (PN) sejak ia ditubuhkan, apabila parti itu tidak memperolehi peluang untuk kembali berkhidmat sepertimana yang diharapkan.

“Kalau UMNO merasakan (peluang) dia dikurangkan, pihak kerajaan PN kena melihat perkara ini supaya dapat diatasi. Kalau tidak nanti masalah perhubungan ini akan menjadi lebih rumit dan orang lain akan mengambil kesempatan untuk membawa satu cadangan lain.

“Kalau parti-parti ini merasakan Anwar boleh memberi apa yang dia mahu, mungkin mereka akan tertarik untuk memberikan sokongan kepada Anwar, jangan terkejut kalau itu berlaku,” katanya hari ini.

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, memaklumkan parti Melayu itu pertimbang menarik diri daripada menyokong PN dan akan menetapkan syarat baharu kepada kerajaan untuk meneruskan kerjasama politik.

Ahmad berkata, UMNO turut akan mencadangkan Muafakat Nasional didaftarkan sebagai gabungan politik yang sah.

Tajuddin turut berpandangan kerjasama parti politik dalam PN dilihat tidak boleh berkekalan, bahkan percaya ia akan gagal bertahan dalam tempoh jangka masa panjang.

Baginya, kerajaan PN perlu mengutamakan faktor kesaksamaan antara parti, selain membahagikan kekuatan yang diperoleh secara sama rata antara semua gabungan. Ia sekali gus mengelakkan usaha mana-mana pihak untuk melemahkan parti lain dan membina kekuatan sendiri.

Anwar sebelum ini mendakwa mendapat sokongan ahli Parlimen secukupnya untuk membentuk kerajaan baharu, yang kebanyakannya menurut beliau wakil rakyat Bumiputera. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]