Pages

Takiyuddin: 18 Orang Ahli Parlimen PAS Kekal Menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – PAS menegaskan bahawa semua 18 Ahli parlimennya menyokong penuh kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang menerajui kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agung parti itu, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, PAS tidak akan terkesan dan terpengaruh dengan isu retorik yang dibawa oleh Pengerusi Pakatan Harapan dengan mengatakan memperoleh sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

“Pas menganggap isu yang dibangkitkn oleh individu yang sama ini adalah tindakan terdesak yang mempunyai kepentingan serta cita-cita peribadi di samping ‘menangguk di air keruh’ ketika kerajaan PN sedang menguruskan masalah Covid-19 serta langkah pemulihan ekonomi negara,” katanya.

Parti itu tambah beliau yakin Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah akan mengendalikan hal ini berlandaskan undang-undang dan perlembagaan negara.

“Dalam hal ini PAS sekali lagi amat yakin YDPA tidak akan melayan tindkan desparado ini,” katanya lagi.

Dalam masa yang sama Khairuddin berkata, PAS berharap agar kerajaan mengambil tindakan tindakan undang-undang yang tegas terhadap mana-mana pihak yang menimbulkan keresahan dan kekeliruan rakyat di samping mengakibatkan terjejasnya sektor ekonomi negara dari tindakan tersebut.

Kenyataan PAS itu susulan dakwaan Anwar yang juga Ketua Pembangkang pada 23 September yang lalu mengatakan mempunyai majoriti kukuh lagi meyakinkan iaitu hampir dua pertiga kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan dari kalangan Ahli Parlimen Melayu dan Islam.

Terbaharu, Anwar mengesahkan bakal mengadap Agong pada 13 Oktober ini bagi mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang menyokongnya.

Beberapa Ahli Parlimen UMNO telah menyanggah dakwaan Anwar dan menegaskan tidak menyokongnya.

Malah, Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim pada 9 Oktober telah membuat laporan polis berhubung dakwaan namanya termasuk tersenarai sebagai yang menyokong Anwar.

Beliau selain itu turut mendesak Ahli Parlimen Port Dickson itu mendedahkan secara jelas senara nama yang didakwanya bakal menyebelahinya.

Begitu juga dengan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin yang turut membuat laporan polis. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]