SALAM MAULIDURRASUL KEPADA PEMBACA PDO YANG BERAGAMA ISLAM| JIKA ADA ISU RAKYAT INGIN DISIARKAN, BOLEH EMAIL KE PAHANGDAILY@YAHOO.COM | JANGAN LUPA LIKE, FOLLOW N SHARE PAHANG DAILY ONLINE DI FACEBOOK # INSTAGRAM # TWITTER

Tarik Diri Dari Menyokong Kerajaan PN, UMNO Mula Bincang Keputusan Biro Politik Parti Itu !

 


PUTRAJAYA - UMNO sudah mula membincangkan keputusan yang dibuat biro politik parti itu untuk mempertimbangkan menarik diri daripada Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa yakin perkara itu akan menjadi topik perbincangan dalam mesyuarat majlis kerja tertinggi UMNO yang akan diadakan bila-bila masa.

“Kalau ada mesyuarat majlis kerja tertinggi Umno sudah tentu perkara itu akan dibincangkan, dan saya perhatikan pun memang perkara (keputusan mesyuarat Biro Politik UMNO) itu sedang dibincangkan.

“Tetapi kebanyakannya dalam kumpulan WhatsApp dan sebagainya kerana mesyuarat (setakat ini belum diadakan),” katanya pada sidang media pengumuman Inisiatif Wilayah Cakna 3.0 di Putrajaya hari ini.

Politik secara perjanjian bertulis untuk dilaksanakan secepat mungkin.

Bagaimanapun, pendirian Biro Politik UMNO itu belum muktamad kerana perkara tersebut masih perlu mendapat persetujuan majlis kerja tertinggi parti.

Sementara itu, mengulas pendirian Barisan Nasional (BN) berhubung perkara berkenaan Annuar berkata setakat ini tiada perbincangan mengenainya dibuat.

“Peringkat BN belum adakan apa-apa mesyuarat dan tiada jangkaan waktu untuk BN adakan mesyuarat,” katanya.

Ketika diminta mengulas syarat baharu bakal dikenakan kepada PN, Annuar berkata beliau tidak boleh mengulas mengenainya.

“Mesyuarat Biro Politik telah putuskan dan hanya Setiausaha Agung UMNO saja boleh membuat ulasan berhubung perkara sebegitu,” katanya. #sumber

1 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Mohtar said...

Menyokong anuar/PKR bererti mendokong DAP...
Anuar bukan pejuang utk umat melayu..rasist kaum dari Dap/ spt ramasamy akan kembali semak...

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]