SALAM MAULIDURRASUL KEPADA PEMBACA PDO YANG BERAGAMA ISLAM| JIKA ADA ISU RAKYAT INGIN DISIARKAN, BOLEH EMAIL KE PAHANGDAILY@YAHOO.COM | JANGAN LUPA LIKE, FOLLOW N SHARE PAHANG DAILY ONLINE DI FACEBOOK # INSTAGRAM # TWITTER

Tun Mahathir Dakwa Beliau Tidak Menyokong Mana-Mana Individu Menjadi Perdana Menteri

 


KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberitahu beliau tidak pernah menyokong mana-mana individu untuk diangkat menjadi perdana menteri.

Mahathir berkata, beliau yang kini bergerak atas platform Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berkata, parti itu bebas dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan individu atau parti yang mempunyai cita-cita mendapatkan sesuatu jawatan.

“Saya diberitahu kononnya saya menyokong seseorang daripada calon yang ingin menjadi Perdana Menteri. Saya ingin nyatakan saya tidak pernah beri sokongan kepada sesiapa pun sebagai calon untuk menjadi Perdana Menteri.

“Saya sendiri berada dalam parti baru saya, iaitu Pejuang dan parti ini bebas dan tidak ada kaitan dengan mana-mana parti atau individu yang mempunyai cita-cita untuk mendapat sesuatu jawatan.

“Saya harap, tidak ada lagi percubaan menyatakan kononnya saya sudah sokong si polan-si polan. Tidak ada sokongan,” katanya dalam rakaman video yang disiarkan hari ini.

Bagaimanapun, dalam rakaman video itu beliau tidak menamakan individu tertentu.

Terdahulu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan sudah menyerahkan dokumen sahih yang didakwanya sokongan ahli Parlimen terhadapnya kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Anwar berkata, beliau sudah menerima lebih 120 sokongan daripada ahli Parlimen, dan menjelaskan dokumen sahih itu terdiri daripada akuan bersumpah dan pengesahan daripada ketua parti.

Istana Negara bagaimanapun dalam kenyataan selepas itu berkata, Anwar tidak mengemukakan senarai nama ahli Dewan Rakyat untuk mengukuhkan dakwaannya yang mempunyai sokongan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, dalam sesi berlangsung lebih kurang 25 minit itu, Anwar hanya mengemukakan jumlah ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada beliau. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]