Pages

Tun Mahathir Dakwa Tiada Justifikasi Darurat: Pasaran Saham Jatuh, Hanya Untungkan PM !

 


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri paling lama berkhidmat di negara ini Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan berhubung isu darurat, dengan berkata, tiada justifikasi untuk itu dan menyifatkan ia hanya mengakibatkan pasaran saham jatuh.

Dalam satu kenyataan, Dr Mahathir berkata, wabak Covid-19, yang sebelum ini digunakan untuk membenarkan Parlimen ditunda, tampaknya sekali lagi digunakan sebagai alasan membenarkan perisytiharan darurat.

Beliau berkata, kuasa dan autoriti yang dimiliki oleh kerajaan adalah memadai untuk menangani pandemik itu.

“Kita tak nampak pun sebarang bantahan oleh rakyat seperti yang dilihat di AS dan Eropah. Orang kita sangat patuh akan sekatan yang dikenakan seperti perintah kawalan pergerakan (PKP).

“Apa yang darurat boleh buat untuk hentikan pandemik berbanding apa yang dapat kita boleh buat sekarang? Tidak ada.”

Mahathir, yang pernah berkhidmat dua kali sebagai Perdana Menteri berkata, darurat akan memberi kuasa tambahan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan hanya akan menguntungkannya kerana Parlimen lumpuh.

Menurut Mahathir, pengganti beliau belum mengurangkan masalah politik, ekonomi dan sosial yang menjejaskan negara ini.

“Dia ada Kabinet besar yang tak beri apa-apa sumbangan untuk kesejahteraan rakyat dan negara. Sebilangan besar perkara yang dibuat adalah mengenai keadaan politik.”

Katanya, khabar angin mengenai darurat sudah menyaksikan pasaran saham mula jatuh. Sekiranya diisytiharkan, pasaran saham akan “runtuh sepenuhnya”.

“Para pelabur tidak percaya kepada kemampuan perdana menteri dalam mengurus ekonomi.”

Mahathir berkata negara yang lebih parah berdepan Covid-19 belum mengisytiharkan darurat seluruh negara, tetapi hanya untuk kawasan terjejas.

“Ia khusus untuk menangani masalah tempatan. Tetapi tidak ada yang menggantung undang-undang dan Parlimen seperti yang berlaku sekiranya darurat diisytiharkan di Malaysia.

“Tidak ada rusuhan atau keganasan di Malaysia, tidak ada pelanggaran undang-undang dan perintah untuk memberi justifikasi kepada darurat.”

Beliau bagaimanapun berkata, ada keperluan untuk “perubahan” dalam kerajaan yang “merampas kuasa dengan cara yang tidak demokratik”. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]