Pages

SELAMAT DATANG KE PORTAL PAHANG DAILY ONLINE (PDO) JIKA ADA ISU RAKYAT INGIN DISIARKAN, BOLEH EMAIL KE PAHANGDAILY@YAHOO.COM | JANGAN LUPA LIKE, FOLLOW N SHARE PAHANG DAILY ONLINE DI FACEBOOK # INSTAGRAM # TWITTER

Yang di-Pertuan Agong: Tiada Keperluan Untuk Isytiharkan 'Darurat' Di Malayaia Buat Masa Ini

 


KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah bertitah tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di Malaysia buat masa ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata baginda berpendapat kerajaan sekarang boleh dipercayai untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung Covid-19.

Katanya, Agong bertitah tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di Malaysia buat masa ini.

Ahmad Fadil berkata Al-Sultan Abdullah berpendapat kerajaan sekarang boleh dipercayai untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung Covid-19.

Katanya setelah memperhalusi permohonan dan berbincang dengan Raja-raja Melayu serta melihat situasi yang sedang dihadapi oleh negara, Al-Sultan Abdullah berasakan kerajaan sekarang berjaya menangani wabak ini dengan baik dan berkesan.

"Seri Paduka Baginda amat mempercayai keupayaan kerajaan di bawah pimpinan perdana menteri untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung gejala wabak Covid-19 ini daripada terus merebak.

"Al-Sultan Abdullah berpendapat tiada keperluan buat masa ini untuk Seri Paduka Baginda mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia," katanya.

Ahmad Fadil berkata Al-Sultan Abdullah berkenan memperhalusi permohonan yang dipersembahkan Muhyiddin Yassin di majlis mengadap di Kuantan, Pahang pada 23 Okt lalu

Katanya permohonan tersebut ialah pelaksanaan darurat mengikut Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan untuk memerangi ancaman wabak Covid-19 di negara ini.

Walaupun darurat tidak diisytiharkan, kata Ahmad Fadil, Agong mengingatkan ahli politik agar menghentikan segera segala politicking yang boleh menggangu kestabilan pemerintahan negara.

"Al-Sultan Abdullah turut berpendapat tiada perlunya ahli-ahli parlimen meneruskan tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh mengganggu gugat kestabilan Kerajaan sedia ada," katanya.

Ahmad Fadil menambah, Agong turut menegaskan Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan di sidang parlimen akan datang amat penting kepada rakyat untuk menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.

"Justeru, peruntukan kewangan amat diperlukan oleh petugas barisan hadapan bagi melancarkan tugas dan tanggungjawab mereka," katanya.

Pada masa sama Ahmad Fadil menjelaskan Al-Sultan Abdullah amat prihatin terhadap kegelisahan seluruh rakyat ekoran daripada kenaikan mendadak beberapa kluster baru dan kes positif harian Covid-19 di seluruh negara.

Katanya Al-Sultan Abdullah yakin dengan semangat perpaduan dan juang yang tinggi seperti yang pernah dipamerkan bersama, rakyat negara ini mampu sekali lagi memerangi gelombang ketiga penularan Covid-19.

"Sehubungan dengan itu, Seri Paduka Baginda menyeru seluruh rakyat - tanpa mengira latar belakang dan khususnya fahaman politik - agar mengetepikan segala perbezaan dan perbalahan untuk bersatu padu dan bersatu hati memainkan peranan masing-masing membantu kerajaan dan pihak berkuasa membendung Covid-19 demi keselamatan diri dan kesejahteraan negara yang kita cintai bersama ini.

"Al-Sultan Abdullah turut mengambil kesempatan ini mengajak seluruh rakyat untuk bersama Seri Paduka Baginda berdoa semoga wabak ini dapat dibanteras dengan berkesan dan diakhiri dengan segera," katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]