Pages

ADUN Ketari, Young Syefura Mohon Maaf Isu Kesalahan Langgar SOP PKPB Baru-Baru Ini !

 


KUANTAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman (DAP) menarik perhatian sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang hari ini apabila tampil memohon maaf atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), baru-baru ini.

Beliau berkata, permohonan maaf itu dibuat kerana kesalahan yang dilakukan itu mungkin telah memberi imej kurang baik kepada DUN Pahang.

Menurutnya, siasatan polis baru selesai dan beliau dikhabarkan oleh pihak polis bahawa dia perlu membayar kompaun RM1,000 atas kesalahan itu.

"Saya anggap perkara ini sudah selesai dan mohon maaf atas kesalahan itu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi perbahasan Belanjawan Negeri 2021 sempena Sidang DUN Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.

Terdahulu dalam ucapan perbahasan itu, Young Syefura turut mencadangkan supaya peruntukan khas kepada ADUN pembangkang bagi tahun 2021 dinaikkan daripada RM30,000 ketika ini kepada RM50,000.

Katanya, daripada jumlah peruntukan khas dicadangkan itu, RM25,000 bagi projek pembangunan di kawasan masing-masing dan RM25,000 lagi untuk tujuan kebajikan, program, badan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya.

Sementara itu, beliau turut menyentuh berhubung isu alam sekitar termasuk berkaitan keluasan hutan di negeri Pahang di mana sehingga Jun 2020 keluasannya 2.05 juta hektar atau 57 peratus daripada keluasan tanah negeri 3.59 juta hektar sebagaimana dinyatakan Menteri Besar sebelum ini.

"Daripada keseluruhan kawasan hutan di negeri ini, 1.55 juta hektar atau 43 peratus merupakan Hutan Simpanan Kekal.

"Di sini timbul persoalan di mana hasil perbandingan jumlah hutan pada 2017, 2018 dan 2019 kerana ternyata jumlah keluasan hutan kekal dan tidak berlaku perubahan.

"Adakah data ini sahih dan bolehkah perkara ini berlaku apabila kita lihat hasil hutan sentiasa menjadi penyumbang kepada hasil kerajaan negeri dan semakin meningkat setiap tahun," katanya.

Pada masa sama, beliau berharap kerajaan negeri terus memastikan sebarang aktiviti pembalakan dan pembukaan tanah sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan walau sekecil mana pun aktiviti dan lesen yang diberikan.

Katanya, ia bagi memastikan alam sekitar negeri Pahang sentiasa terpelihara dan kes seperti yang berlaku di Sungai Kenui, Lentang baru-baru ini dapat dielakkan.

Dalam ucapan perbahasan itu juga beliau turut menyentuh berhubung isu kebajikan, pendidikan, pekerjaan, sumber pendapatan rakyat, usahawan, pembangunan negeri dan bekalan air. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]