Pages

Aktivis Kesal Cara Layanan MB Terhadap NGO Ketika Hadir Untuk 'Serah Memorandum' Bagi Membantah 'Pencerobohan Tanah' Di Pahang !

 


KUANTAN - Aktivis masyarakat Mohd Shukri Mohd Ramli hari ini mempersoalkan tindakan Kerajaan Negeri Pahang yang tergamak melayan NGO Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) umpama "pertubuhan haram" ketika kunjungan pemimpin mereka untuk bertemu menteri besar semalam.

Kenyataan yang dimuatnaik di Facebook Angkatan Pembela Rakyat itu telah mendapat perhatian warga Pahang senatero dunia. Ramai yang terkejut dengan perkara itu.

"Hairan saya dengan sikap Menteri Besar Pahang yang tak nak luangkan masa sedikit pun untuk bertemu dengan Pengerusi NGO PEMBELA Tn Hj Aminuddin Yahya tengahari semalam. Siap ada yang tuduh NGO nak menentang kerajaan dan nak bagi DAP perintah Pahang. Apa nih? NGO PEMBELA ialah NGO yang bebas dan berkecuali tak ada terlibat dngan mana-mana  parti politik pun,"

"Sepatutnya MB bagi masa sedikit 5-10 minit untuk jumpa NGO. Sbb NGO nak hantar memorandum untuk bantu Kerajaan Negeri Pahang tangani isu pencerobohan tanah haram di negeri ini. Maka itu tak perlu takut, NGO berdaftar secara sah dengan ROS bukan NGO haram. Tidak ada alasan untuk MB lari dari jumpa NGO rakyat marhaeng. PEMBELA juga bukan pertubuhan haram atau pun NGO yang pro pembangkang," kata kenyataan Shukri yang juga merupakan penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (ANGKARA).

Menurut Shukri lagi, amat tidak wajar awalnya hanya benarkan NGO duduk di pintu pagar SUK sahaja. Kemudian barulah pihak polis benarkan masuk, selepas berlaku pertikaian.

"Masuk pun setakat bawah khemah tempat wakil rakyat menjamu selera sewaktu sidang DUN berhenti rehat. Ingatkan MB akan tunggu di bawah khemah, kisahnya hanyalah Setiausaha Politik beliau iaitu, Dato' Tajul Razi Abdul Aziz. Mohon nak masuk jumpa MB kejap pun tak boleh dgn mcm2 alasan. Memorandum pun hanya di cop shaja tanpa tandatangan MB. Hinanya NGO jika beginilah layanan yg  dibuat oleh sebuah kerajaan yg memerintah.  Apakah usaha nak selamatkn tanah haram yg telah di ceroboh itu tidak dihargai? Apakah MB masih mahu harapkan jabatan kerajaan berkenaan, "

" Gara-gara pegawai jabatan kerajaan yg khianatlah isu pencerohan tanah dan hutan di Pahang ini tidak pernah selesai. Pegawai kerajaan kaya raya, tapi kantung kerajaan negeri  nipis sebab gagal kutip hasil cukai dan premium. Justeru itulah NGO PEMBELA bangkit utk membantu Kerajaan Negeri Pahang, sebab prihatin dan tidak mahu puak penceroboh terus berleluasa, "

"Kenapakah bila tokey-tokey datang ke pejabat MB mereka boleh dilayan dengan baik sampai ke dalam bilik VIP. Tapi apabila rakyat marhaen yang tidak ada kepentingan datang, jangankan nak jumpa ajak minum teh, nak layan bawak ke bilik tetamu pun mereka itu  tak mampu. NGO PEMBELA siap buat solat hajat lagi malam tadi untuk mengadap MB. Itu pun difahamkan cuba ditangguhkan pd pertemuan hari ini ke minggu hadapan. Walhal semua pimpinan PEMBELA sudah berada di Kuantan atas urusan yang berkenaan (hantar memorandum jumpa MB)," dakwa Shukri lagi.

Berbeza sekali layanan pembesar di negeri lain yg telah ditemui oleh NGO PEMBELA sebelum ini. Malahan Tuanku Agong juga melayan NGO dengan baik dan secara terhormat. Kenapa MB Pahang perlu tengok dari jauh isu besar seperti ini? Sanggup biarkan rakyat berpanas, sdgkan anda berada di daam bilik aircond. Tak terlintas di hati MB untuk melayan NGO dengan baik? tambah Shukri.

"Harap MB Pahang lebih berani utk berhadapan dengan NGO selepas ini. Jangan hantar wakil, kata orang tua2 tak manis sebab wakil simpan jer memorandum takut tak sampai ke tangan MB nanti. Bersedialah utk terima gelombang kebangkitan rakyat, selamatkan bumi Pahang.
NGO PEMBELA bukanlah pengampu, benda2 yang jelas tak betul tak boleh ditegur. Kerana
PEMBELA mahu melihat isu penceronohan tanah ini dapat diselesai secara profesional,"

"Banyak lagi memorandum akan di hantar selepas ini kepada MB, harap Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail tak anggap NGO rakyat itu sebagai musuh yer. Ingat, politik tak menentu hari ini. Angin perubahan bila-bila boleh berlaku sebenarnya,"

"Berbeza sekali dengan MB yang terdahulu (Datuk Seri DiRaja Adnan Yaakob), Biar pun nampak 'garang' tapi, siapa sahaja yang datang berjumpa baik rakyat marhaen, kaum India, Tonghua, orang asal semua beliau sanggup turun ke bawah mengadap..Siap ada jamuan makan lagi untuk mereka yg datang berjumpa dengan MB. Soal nak terima apa pandangan rakyat dan NGO, itu hal lain. Tapi ada melayan tetamu perlulah dijaga. Jangan hanya melayan golongan atasan sahaja yer, " tambah beliau.

"Sedarlah, sudah tiba masanya rakyat tidak lagi boleh ditipu dengan cerita pencerobohan demi pencerobohan haram yang berlaku di seluruh negeri Pahang selama ini. Ikan bilis ditangkap dan didakwa, tapi ikan jerung selalunya terlepas begitu sahaja. Jika didakwa pun, ceroboh dan curi hasil hutan juta-juta  tapi denda ribu-ribu,"

"Akhirnya pencuri dan penceroboh terus mencuri dengan didalangi oleh tukang "cover line" orang dalam yang hidup mewah, biar pun kerja biasa dengan kerajaan. Itu belum masuk orang besar yang jadi 'penyelamat' jika ada apa-apa operasi yang dibuat," katanya.

Beliau turut menegaskan tiba masanya juga semua ini perlulah diperbetulkan, jika tidak pasti saban waktu kita akan dengar kes pencerobohan tanah dan hutan secara haram berlaku di negeri Pahang ini.

Nak ubah kena libatkan NGO bebas bersama kerajaan, tapi kiranya layanan sedemikian rupa dilakukan maka rakyat sudah boleh baca, adengan isu pencerobohan ini pasti tidak akan dapat selesai sampai bila-bila pun. Ubahlah sebelum parah. Sedarlah, hidup ini untuk mati. So, siapkanlah bekalan akhirat dengan sumber yang barokah, kata Shukri. #pahangdaily

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]