Pages

Peneroka Bukit Goh Berdepan Tindakan LHDN, Boleh Merujuk Perjanjian Dengan Pengusaha !

KUANTAN - Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Pahang Datuk Nazri Ngah berkata peneroka di Bukit Goh di sini, yang berdepan tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana didakwa gagal membayar cukai semasa terlibat kerana perlombongan bauksit, perlu merujuk kepada perjanjian mereka dengan pengusaha terlibat.

"Jika perjanjian mengatakan pengusaha yang akan membayar cukai itu, maka ia boleh dirujuk kepada pengusaha yang memajak tanah peneroka. Ini boleh dibincangkan dengan peguam untuk pastikan siapa yang perlu menanggung cukai... dalam apa juga tindakan, kita mesti teliti perjanjian," katanya.

Nazri menjawab soalan Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah (BN-Sungai Lembing) yang membangkitkan keresahan peneroka terlibat yang dikejar LHDN sedangkan sudah tidak lagi memperoleh hasil bauksit, kerana aktiviti tersebut telah dihentikan dengan arahan moratorium mulai 15 Jan 2016.

Nazri juga memaklumkan aktiviti perlombongan bauksit sudah dibenarkan tertakluk pada syarat ketat termasuk bayaran deposit RM5 juta yang juga meliputi bayaran bon jaminan bagi memastikan masalah pencemaran yang membawa kepada pelaksanaan moratorium tidak berulang.

"Kerajaan negeri telah menawarkan dua kontraktor untuk menjalankan aktiviti ini tetapi sehingga hari ini, kontraktor terlibat tidak membayar deposit. Jika mereka tidak membayar sehingga hujung bulan ini, maka  kita akan menghentikan tawaran," katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]