Pages

Covid-19: Sebanyak 1,290 Kes Positif Baharu, Dengan Empat Kematian Di Rekodkan Hari Ini

 


KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,290 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia kini sebanyak 51,680 kes dengan jumlah kes aktif kebolehjangkitan adalah 13,222 kes.

Daripada jumlah kes baharu itu, terdapat lima kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan 1,285 kes pula merupakan penularan dalam negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dua negeri yang mencatatkan kes yang tertinggi adalah Sabah sebanyak 660 kes dan Selangor adalah 407 kes.

Jelas beliau, kes yang tinggi di Sabah berpunca daripada kluster-kluster berkaitan Pusat Tahanan Sementara (PTS), lokap dan penjara adalah 250 kes.

“Peningkatan kes di Selangor pula berpunca daripada Kluster Teratai sebanyak 245 kes dan sebuah kluster baharu pada hari ini iaitu Kluster Kapas BJ adalah 55 kes.

“Kedua-dua kluster tersebut adalah kluster berkaitan tempat kerja yang melibatkan bukan warganegara,” katanya dalam kenyataan harian hari ini.

Sebanyak 269 kes adalah 20.9 peratus yang dilaporkan adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS), lokap dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Sandakan (218 kes), Kluster Matambai (15 kes), Kluster Tembok (15 kes), Kluster Penjara Kepayan (9 kes), Kluster PTS Tawau (6 kes), Kluster Benteng PK (3 kes), Kluster GK Tawau (2 kes) dan Kluster Penjara Seberang Perai sebanyak satu kes.

Noor Hisham menambah, sehingga kini, terdapat 110 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 37 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Kata beliau, terdapat pertambahan empat kes kematian m menjadikan jumlah kumulatif kes kematian pandemik itu di Malaysia adalah sebanyak 326 kes atau 0.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Pada hari ini bilangan kes sembuh Covid-19 adalah sebanyak 878 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 adalah 38,132 kes atau 73.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]