Pages

Covid-19: Sebanyak 958 Kes Positif Baharu Dengan Tiga Kematian Di Rekodkan Hari Ini

 


PUTRAJAYA - Jangkitan Covid-19 hari ini kembali tiga angka dengan 958 dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, dalam kenyataan berkata lima kes jangkitan dari luar negara manakala selebihnya 953 kes, penularan dalam negara.

Katanya, Sabah melaporkan kes harian tertinggi dengan 512 kes, diikuti Selangor dan Negeri Sembilan, 153 kes.

“Pelaporan kes positif Covid-19 yang tinggi di Sabah berpunca daripada pertambahan kes bagi kluster-kluster terutamanya Kluster Sabaru (149 kes), dan peningkatan pengesanan kes dalam kalangan saringan kontak rapat (196 kes).

“Selangor dan Negeri Sembilan pula mencatatkan jumlah kes yang tinggi pada hari ini disebabkan oleh pertambahan kes dalam kluster-kluster sedia ada dan juga kluster baharu,” katanya pada sidang media.

Hisham berkata sebanyak 31 kes (3.2%) yang dilaporkan pada hari ini berkaitan kluster di pusat tahanan sementara (PTS), lokap dan penjara, membabitkan Kluster Tembok (24 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (3 kes), Kluster Rumah Merah (2 kes), Kluster Penjara Sandakan (1 kes), dan Kluster Penjara Kepayan (1 kes).

Laporan jangkitan ini menjadikan keseluruhan kes Covid-19 sebanyak 52,638 kes.

Ketika ini, sebanyak 13,221 orang sedang dirawat di hospital, dengan 110 di unit rawatan rapi dan 42 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, 956 pesakit dilaporkan pulih.

Tiga kematian dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kematian keseluruhan setakat ini sebanyak 329 kes. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]