Pages

Kenderaan Polis Bawa Jenazah Terlibat Dengan Kemalangan, Waris Pula 'Cedera' Patah Lengan

 


BANDAR PERMAISURI - Pacuan empat roda milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membawa jenazah seorang lelaki terlibat dalam kemalangan jalan raya sebelum terjunam ke tebing kawasan ladang kelapa sawit di Kilometer 52 Bari, Sungai Tong di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, insiden pada kira-kira jam 1 tengah hari itu menyebabkan jenazah lelaki berusia 51 tahun tersebut terjatuh dari kenderaan dan warisnya mengalami kecederaan patah lengan kanan manakala anggota polis berpangkat koperal yang memandu kenderaan terseliuh bahu kiri.

“Kemalangan berlaku ketika pacuan empat roda tersebut dalam perjalanan ke Hospital Setiu dari arah Sungai Tong dengan membawa jenazah kes mati mengejut.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, hujan lebat serta keadaan jalan yang licin mengakibatkan kenderaan tersebut hilang kawalan lalu terbabas sebelum terjunam ke bawah tebing ladang sawit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang tercedera dan jenazah itu kemudian dibawa ke Hospital Setiu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.  #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]