Pages

Kilang Royal Pahang Durian Resources PKPP Tidak Perlu Kelulusan EIA, Keluasan Kurang !

KUANTAN - Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi negeri Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak memaklumkan, mereka yang memperoleh lesen pendudukan sementara (TOL) sedia maklum bahawa kelulusan itu boleh ditamatkan pada bila-bila masa.

“Apabila TOL diluluskan, mereka diberitahu bahawa tiada binaan atau tanaman kekal yang dibenarkan di tanah tersebut kerana kerajaan negeri berhak menamatkan TOL jika ada keperluan untuk mengambil semula tanah yang diberikan,” katanya.

Mohd Soffi berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Chow Yu Hui (PH-Tras) yang ingin tahu jika pampasan akan diberikan kepada beberapa pekebun durian Musang King, yang didakwa ditamatkan TOL bagi membina kilang pemprosesan durian di Tras, Raub kira-kira 170 km dari sini.

Chow juga bertanya jika kilang yang dibangunkan oleh Royal Pahang Durian Resources-Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (RPDR-PKPP) melibatkan kawasan seluas 10.52 hektar, memperoleh kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Mohd Soffi berkata, penyediaan laporan EIA tidak diperlukan dalam pembinaan kilang tersebut kerana kawasannya kurang daripada keluasan yang diwajibkan penyediaan laporan EIA.

Selain itu katanya, Majlis Daerah Raub meluluskan kebenaran merancang (KM) pada 7 Ogos lalu selepas pihak terlibat memenuhi aspek teknikal. #sumber 

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]