Pages

NGO Peka Gesa Majikan Ambil Peluang Sertai Pelan Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin

 


KUALA LUMPUR - Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka) menyokong penuh tindakan kerajaan melaksanakan Pelan Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) sehingga 30 Jun tahun depan bagi memulihkan semula sektor ekonomi yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Presidennya, Datuk Sri Zuhairi Ab. Kadir berkata alam keadaan negara dan dunia sedang berdepan penularan pandemik Covid-19, pastinya sukar untuk empat sektor utama iaitu pembinaan, perkilangan, perladangan dan pertanian untuk mendapatkan tenaga kerja asing.

"Jadi, program ini yang dilaksanakan kerajaan adalah baik dan perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh empat sektor utama berkenaan,"

"Peka sendiri menawarkan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja kepada PATI yang menyertai Program Kebajikan dan Khidmat Imigran (PKKI) yang dikelolakan Peka," katanya.

Difahamkan menerusi program berkenaan, setiap PATI yang berminat perlu memenuhi syarat-syarat ditetapkan dan segala urusan berhubung permit kerja akan dibantu oleh Peka.

Selepas memperoleh permit kerja, PATI bolehlah bekerja dengan aman tanpa rasa bimbang kerana susah memiliki permit kerja yang sah.

"Seperti dinyatakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, selepas 30 Jun 2021, Jabatan Imigresen melaksanakan operasi penguatkuasaan secara besar-besaran,"

'Sekiranya disabitkan bersalah, majikan yang didapati menggajikan PATI dikenakan hukuman maksimum iaitu denda sebanyak RM50,000 atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap pekerja yang diambil,"  tambah beliau lagi.

Peka juga menggesa majikan dan PATI terutama membabitkan sektor utama iaitu pembinaan, perkilangan, perladangan dan pertanian, ambillah peluang sertai Pelan Rekalibrasi PATI. #pahangdaily

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]