Pages

Pertubuhan Suara Anak Pahang Yakin Menteri Besar Cakna Memorandum Dihantar PEMBELA

 

KUANTAN - Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP), hari ini mendakwa yakin Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail akan mengambil perhatian dan cakna terhadap memorandum yang dihantar oleh NGO Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) baru-baru ini.

Timbul isu apabila NGO terbabit dikatakan dukacita dan kecewa tidak dapat berjumpa Menteri Besar Pahang untuk menyerahkan memorandum berhubung bantahan rakyat terhadap pencerobohan tanah di negeri ini. 

Presiden PSAP, Haslihelmy DM Zulhasli menegaskan bagi mereka, itu bukan isu, apa yang penting adalah memorandum yang hendak disampaikan oleh PEMBELA itu diterima dan disampaikan kepada Menteri Besar. 

"Umum sedia maklum, minggu ini adalah minggu di mana berlangsungnya persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang,"

"Tentunya sebagai Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mahu memberikan tumpuan sepenuhnya pada sidang berkenaan bagi mendengar, menilai dan meneliti segala pandangan yang diutarakan oleh wakil-wakil rakyat,"

"Jika PEMBELA tidak dilayan, sudah tentu memorandum itu pun tidak mahu diterima tetapi Menteri Besar menghantar Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Tajul Razi Abdul Aziz untuk bertemu pihak PEMBELA," kata beliau.

Dalam keadaan negara masih berdepan pandemik COVID-19 ketika ini, PSAP difahamkan bahawa tidak semua orang dibenarkan untuk masuk ke Wisma Sri Pahang ketika sidang DUN sedang berlangsung. Hanya mereka yang melakukan ujian calitan atau 'swab test' sahaja dibenarkan masuk. 

Jadi, beliau beranggapan dalam negara berdepan pandemik Covid-19 ini, proses menghantar memorandum boleh dilakukan pelbagai cara. Jika tidak bersua pun, ia tetap boleh dihantar.

Dalam pada itu PSAP juga yakin Menteri Besar Pahang yang saya sendiri kenali sejak sekian lama akan cakna dengan memorandum disampaikan PEMBELA. 

"Tambahan lagi, mesej melalui memorandum itu telah juga dilaporkan oleh media arus perdana dan media sosial. Pastinya Menteri Besar Pahang sedia maklum berhubung perkara itu,"

"Benar, apa yang cuba disampaikan oleh PEMBELA itu adalah suara rakyat, tiada usaha pun untuk menjatuhkan kerajaan melalui usaha itu. Janganlah kita mempolitikkan isu membabitkan rakyat," tambahnya.

Beliau turut mendoakan yang terbaik supaya isu membabitkan pencerobohan tanah-tanah haram di Pahang dapat diselesaikan dengan baik oleh Menteri Besar Pahang. #pahangdaily

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]