Pages

Pelajar Kolej Vokasional Muadzam Shah Maut Keracunan Gara-Gara Makan Corn Dog Di Beli Keluarganya Dari 'Car Boot Sales' Taman Tas !

KUANTAN - Heboh diperkatakan tentang isu seorang remaja berusia 16 tahun dikenali sebagai Nafis Izuddin Zaki, dipercayai meninggal dunia akibat keracunan makanan.

Netizen mendedahkan perkara itu di media sosial sejak semalam. Rata-rata marah dan kecewa dengan kejadian ini.

Difahamkan remaja terbabit yang juga merupakan pelajar Kolej Vokasional Muadzam Shah, telah memakan sosej "Corn Dog" yang dibeli oleh keluarganya daripada seorang peniaga di Car Boot Sales Taman Tas dekat sini.

Kejadian terbabit dikatakan berlaku minggu lalu, semua adik beradik mangsa yang makan telah keracunan. Mangsa dilaporkan makan kesemua "Corn Dog" terbabit, tanpa mengesyaki apa-apa.

Tengah malam itu, kesemua adik beradik mereka muntah-muntah dan cirit birit. Situasi mangsa agak teruk dan kritikal telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk menerima rawatan selanjutnya.

Demikian kenyataan netizen, Zaridah Salleh dalam postingnya di group facebook 'Kuantan' semalam.

Namun akibat masalah yang serius, mangsa yang koma selama hampir seminggu itu. gagal diselamatkan dan menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 11.00 malam semalam. Netizen yang membuat posting di group facebook 'warga Kuantan' mendakwa mangsa adalah sahabat baiknya.

Setakat ini belum ada makluman dan pengesahan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan berkenaan isu ini. Apa yang disiarkan ini hanyalah berdasarkan isu yang 'ditularkan di media sosial' sahaja sebenarnya.

Apa pun laporan lanjut berkenaan perkara ini menyusul. Jika benar dakwaan ada peniaga yang menjual makanan lebihan hari sebelumnya secara terbuka, maka pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap peniaga terbabit.

Persoalannya, adakah peniaga makanan di Car Boot Sales mengikut SOP yang ditetapkan? Bagaimana dengan kad kesihatan dan suntikan Typhoid? Adakah peniaga makanan ada kad kesihatan seperti kebiasaannya? Kenapa di bulan Ramadhan perkara ini diambil berat oleh pihak berkuasa? Tapi pada hari yang lain semua peniaga dibiarkan menjual makanan secara terbuka tanpa ada pemantauan?

Berapa kerap pihak berkuasa melalukan tinjauan ke kawasan Car Boot Sales untuk memastikan peniaga makanan mematuhi syarat dan peraturan? Dalam hal ini, jika benar dakwaan siapakah yang harus dipersalahkan? Pembeli, peniaga, penganjur atau pihak berkuasa tempatan?  Rakyat perlu tahu semua ini agar keaelamatan mereka tidak terancam.

Kita tidak mahu mereka yang berniaga  hanya mengejar aspek keuntungan semata-mata, tanpa memikirkan aspek kesihatan dan keselamatan pelanggan. Maka itulah ada barangan makanan yang tidak habis dijual pada hari itu, disimpan dan dijual pada hari berikutnya bagi mengelakkan kerugian.

Justeru, selepas ini orang ramai juga diminta lebih  berhati-hati ketika membeli apa jua barangan makanan di tempat terbuka seperti ini. Keselamatan dan dan ahli keluarga anda perlulah diutamakan. #pahangdaily

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]