Pages

NGO PEMBELA Terkilan Layanan MB, Ada Mulut Jahat Dakwa Mahu Jatuhkan Kerajaan Pahang !

 


KUANTAN - Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Hj Aminuddin Yahya hari ini meluahkan perasaan terkilan terhadap layanan kerajaan negeri terhadap kehadiran mereka untuk menghantar memorandum bantahan pencerobohan tanah di Pahang, dekat sini semalam.

Beliau bersama rakan-rakan dari pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) termasuk veteran-veteran tentera hadir secara rasmi.

Namun apa yang membuatkan beliau terkilan adalah ada ‘sekatan-sekatan’ yang perlu dilalui sebelum dapat masuk ke dalam pintu pagar untuk ke Pejabat Menteri Besar, kata kenyataannya yang dipetik dari portal ISMA.

"Rupa-rupanya saya difahamkan ada mulut-mulut jahat yang memainkan naratif bahawa kehadiran kami adalah untuk menjatuhkan kerajaan negeri Pahang dengan isu tanah ini," 

"Mungkin sebab itu juga Menteri Besar tidak sudi berjumpa dengan kita pada saat akhir walaupun beliau sememangnya sudah maklum akan rombongan kami," dakwa Aminuddin.

Naratif ini adalah  tidak cerdik kerana sejak bilakah tindakan berpihak kepada rakyat dan menentang penceroboh tanah kerajaan itu dianggap sebagai penentang kerajaan? katanya lagi. 

" Lagipun, tidakkah ‘orang-orang politik’ Melayu Pahang ini sedar bahawa NGO-NGO seperti kamilah antara yang mula-mula berusaha menyatukan kalian atas nama ‘perpaduan ummah’ dahulu di siri-siri himpunan kebangkitan rakyat, di mana saya sendiri adalah pengerusi bagi himpunan raksasa bantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD)dahulu?," tambah beliau.

Lagipun katanya, jika pihak kerajaan atau Menteri Besar sendiri turun sebagai tanda sokongan terhadap kehendak rakyat ini, pasti akan memberikan imej yang baik dan sebagai sokongan moral kepada rakyat menandakan bahawa kerajaan tidak akan tunduk kepada kapitalis-kapitalis ini.

"Apa pun, seperti yang saya perkatakan sebelum ini, serahan memorandum ini hanyalah langkah pertama. Jika tidak berjaya, nantikan sahaja langkah kedua, ketiga, keempat, kelima dan seterusnya. Buat pengetahuan anda, hari ini juga kami telah menyerahkan memorandum yang sama kepada Jabatan Perhutanan Pahang dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang. Alhamdulillah, sambutan dari pihak mereka adalah baik, " kata beliau lagi.

"Sebagai anak jati Temerloh, saya berhak bersuara untuk masa depan negeri dan anak bangsa yang tercinta. Bukan orang luar pun, " tambahnya menerusi kenyataan itu. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]