Pages

Pengkhianat: Shahrir Samad Persoal Shahidan Ketuai Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional

 

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin veteran UMNO mempersoal pelantikan Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) di sebalik kritikan ahli Parlimen Arau itu yang melabel mereka yang tidak menyokong Belanjawan 2021 sebagai “pengkhianat”.

Tan Sri Shahrir Abd Samad membangkitkan perkara itu sedangkan Shahidan merupakan wakil Barisan Nasional (BN) yang pada dasarnya tidak menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN) diketuai Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Betul-betul terdesak sangat Shahidan sehingga tak sokong Belanjawan 2021 dah boleh jadi pengkhianat.

“Dia pula ahli Parlimen BN. BN bukan dalam PN pun, jadi macam mana dia boleh jadi pengerusi ‘backbenchers’ Perikatan Nasional,” katanya dalam kenyataan.

Shahrir menyifatkan tindakan Shahidan itu sebagai agresif dalam mempertahankan Belanjawan 2021 dengan berkata, perkara sedemikian tidak pernah berlaku sebelum ini apabila pihak yang menentang tindakan kerajaan dikecam.

Beliau berkata, pengkhianat sebenar adalah ahli Parlimen yang mewakili PPBM.

“Muhyiddin mengkhianati Tun Dr Mahathir Mohamed; Mohamed Azmin Ali, khianati PKR, Anwar Ibrahim dan Mahathir. Hamzah Zainudin, Abdul Latiff Ahmad, Mustapha Mohamed dan lain-lain khianati UMNO dan Dr Mahathir.

“Jadi PPBM sebagai pendokong utama PN penuh dengan ‘pengkhianat’. Sekarang Shahidan pula guna istilah ‘pengkhianat’ terhadap mereka yang tidak sokong Belanjawan 2021,” katanya.

Ketika berucap di Dewan Rakyat semalam, Shahidan berkata, pihak yang menolak Belanjawan 2021 adalah pengkhianat kerana rakyat, terutama yang kehilangan pekerjaan, menunggu bantuan kerajaan.

“Sesiapa sahaja yang menolak belanjawan ini, termasuk kawan saya, bekas menteri kesihatan, (kalau) tolak bajet, (maka) khianat rakyat,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2021. dan Mahathir.

“Jadi PPBM sebagai pendokong utama PN penuh dengan ‘pengkhianat’. Sekarang Shahidan pula guna istilah ‘pengkhianat’ terhadap mereka yang tidak sokong Belanjawan 2021,” katanya.

Ketika berucap di Dewan Rakyat semalam, Shahidan berkata, pihak yang menolak Belanjawan 2021 adalah pengkhianat kerana rakyat, terutama yang kehilangan pekerjaan, menunggu bantuan kerajaan.

“Sesiapa sahaja yang menolak belanjawan ini, termasuk kawan saya, bekas menteri kesihatan, (kalau) tolak bajet, (maka) khianat rakyat,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2021. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]