Pages

Tiada "Perjanjian Rasmi" Antara Royal Pahang Durian Dengan Pekebun 'Musang King' Di Raub

 


KUANTAN - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang semalam dimaklumkan bahawa tiada sebarang perjanjian rasmi antara Royal Pahang Durian Group (RPD) dengan pekebun durian musang king di Raub.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Pahang, Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak berkata, ketiadaan perjanjian itu kerana kedua-dua pihak mempunyai kes yang masih berjalan di Mahkamah Tinggi di sini.

"Setakat ini, hanya ada dua perjanjian yang dimeterai antara RPD dengan Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP) pada Mac lepas dengan kedua-dua perjanjian ini hanya berkaitan pemegang saham dan pembahagian keuntungan.

"Ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan apa jua terma yang dikatakan ditawarkan RPD kepada pekebun selain kerajaan negeri berpandangan ketiadaan perjanjian ini menyebabkan tiada isu Akta Persaingan 2010 berbangkit," katanya.

Mohd Soffi berkata demikian di Wisma Sri Pahang di sini hari ini, bagi menjawab soalan Chow Yu Hui (PH-Tras) yang ingin tahu jika kerajaan negeri sedar kontrak yang ditawarkan kepada pekebun durian memaksa mereka menjual buah pada harga yang ditetapkan sekali gus melanggar akta tersebut.

Persidangan DUN Pahang hari ini dimaklumkan bahawa tiada sebarang perjanjian rasmi antara Royal Pahang Durian Group (RPD) dengan pekebun durian musang king di Raub.

Persidangan DUN Pahang dimaklumkan bahawa tiada sebarang perjanjian rasmi antara Royal Pahang Durian Group (RPD) dengan pekebun durian musang king di Raub.
Beliau berkata, jika sekalipun pekebun atau mana-mana pihak berasakan mereka terkesan dalam isu monopoli pasaran, pihak berkenaan boleh merujuk kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) untuk tindakan selanjutnya.

Mengulas lanjut, Mohd Soffi berkata, pekebun durian yang meneroka tanah secara haram juga mempunyai pilihan untuk 'memutihkan kebun mereka' apabila ditawarkan skim khusus yang turut membantu urusan eksport tanaman berkenaan.

"Untuk mengeksport hasil tanaman memerlukan Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (myGAP) yang menyatakan tanah terlibat adalah halal, iaitu mempunyai hak milik atau kelulusan daripada kerajaan termasuklah pemberian lesen pendudukan sementara," katanya.

Kepada dakwaan Yu Hui bahawa pekebun terlibat hanya mencari rezeki dengan menanam durian yang mengambil masa lama untuk mendapat hasil, Mohd Soffi berkata, cara mencari rezeki juga perlu dipastikan berjalan mengikut cara yang betul dan lunas undang-undang. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]