Pages

Wan Rosdy: Kawasan Seluas 465.75 Hektar Milik UiTM Jengka Bukan Lagi Hutan Simpan

 


KUANTAN -- Kawasan seluas 465.75 hektar, milik Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan tapak sebuah pasar raya di Jengka, kira-kira 100 kilometer dari sini, tidak lagi berstatus hutan simpan, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata pembatalan status hutan itu dilakukan Pihak Berkuasa Negeri mengikut Seksyen 13 Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) dengan pemberitahuan pengisytiharan pembatalan dibuat melalui Warta Kerajaan Negeri Pahang bertarikh 11 Dis 2019.

"Pembatalan status berkenaan bermaksud status hutan di belakang UiTM kampus Jengka serta tapak pasar raya itu bermakna kawasan tersebut tidak lagi menjadi sebahagian daripada Hutan Simpan Jengka," katanya.

Wan Rosdy berkata demikian pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini, bagi menjawab soalan Shahril Azman Abd Halim (PAS-Jengka) yang ingin tahu status terkini hutan tersebut.

Tindakan pembatalan status itu, menurut Wan Rosdy dilakukan untuk membolehkan pembangunan yang lebih baik dan terancang bagi meningkatkan ekonomi penduduk setempat dan daerah Maran secara amnya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]