Pages

Wan Rosdy: Pahang "Wartakan" Lebih 258,000 Hektar Kawasan Tadahan Air Di Seluruh Negeri

 

KUANTAN: Jumlah kawasan yang diwartakan sebagai kawasan tadahan air di Pahang setakat ini ialah seluas 258,951.88 hektar, kata Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata, aspek pemuliharaan hutan dan kawasan tadahan air menjadi keutamaan kerajaan negeri, khususnya dalam memastikan jumlah hutan di Pahang sebanyak 57% melebihi keluasan tanah di negeri terus terpeliharan dengan baik.

“Namun, untuk mewartakan sesuatu kawasan ia bukan mengambil masa yang singkat, sebaliknya memerlukan kajian teliti… tetapi kerajaan akan mempertingkatkan usaha menambah kawasan hutan simpan di Pahang dan terbaru ialah kawasan Lubuk Yu, di Maran,” kata Wan Rosdy pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.

Wan Rosdy menjawab soalan Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin (PAS-Tahan), yang ingin tahu jumlah kawasan yang diwartakan sebagai kawasan tadahan air di negeri ini.  #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]