script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Isu Rakyat Pahang: Kontroversi 'Radioaktif' Rare Earth, Seramai '100 Orang Aktivis' Telah Berdemo Secara Aman Di Jalan Ke Parlimen Awal Pagi Tadi

KUALA LUMPUR, 30 Mac - Seramai lebih 100 orang aktivis dari Kuantan mengadakan demo anti sisa radioaktif di jalan masuk ke bangunan parlimen pagi tadi. Turut terlibat ialah wakil NGO, Save Malaysia. Demo berkenaan bertujuan untuk menyarankan supaya PM Najib Razak menghentikan serta merta projek pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi (rare earth) yang paling besar di dunia di Gebeng, Kuantan itu. Mereka bimbang kemungkinan penyebaran sisa radioaktif yang bakal dihasilkan selepas projek bernilai RM700 juta itu beroperasi. Empat buah bas membawa kumpulan yang membantah pusat penapisan yang sedang dibina oleh syarikat Australia, Lynas Corp itu. Biarpun perhimpunan aman itu diganggu oleh beberapa orang anggota polis, namun tiada insiden yang tidak diingini dilaporkan. Hadir sama, adalah lima anggota Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) yang diketuai oleh pesuruhjayanya, Mohamad Shaani dan perwakilan daripada Majlis Peguam. Hanya 10 orang aktivis sahaja yang dibenar masuk manakala yang lainnya berkumpul di hadapan pos pengawal bangunan parlimen sambil mengibarkan kain rentang serta mereka melaungkan "Stop Lynas, Selamatkan Kuantan, Stop Radioactive, Selamatkan Malaysia".


Sidang media yang diadakan dilobi parlimen tentang isu itu pagi tadi

Presiden Stop Lynas, Save Malaysia sedang beri kenyataan medianya
Sementara itu Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh yang bertanggungjawab tentang isu itu di parlimen berkata beliau telah membangkitkan isu berkenaan sejak 2008. Menurutnya, selepas tsunami di Fukushima, Jepun, bulan lalu, rakyat kini lebih menyedari bahaya bahan radioaktif. "Pembuangan radioaktif itu di Kuantan, walaupun lima peratus, tetapi ia (boleh) memberi kesan seperti sakit kanser dan kecacatan," katanya.

Kenapa Menteri Masih Membela Projek Tersebut


Pada 23 Mac lalu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Maximus Ongkili (foto) berkata kerajaan memberi jaminan bahawa pembinaan loji pemprosesan logam radioaktif di Gebeng, itu adalah selamat dan tidak membahayakan kesihatan awam. Katanya, sisa-sia yang akan dikeluarkan atau terhasil daripada pengilangan bahan mentah daripada loji Syarikat Lynas itu hanya mengandungi tahap bahan radioaktif yang rendah. Ongkili juga berkata kementeriannya akan mengadakan satu taklimat khas kepada Menteri Besar Pahang Dato' Seri Adnan Yaakob dan anggota exco mengenai perkara tersebut di Bentong, hari ini. Beliau juga menegaskan kementeriannya telah mengadakan penerangan awam mengenai projek sejak 2009. Loji itu adalah pelaburan Lynas Corp Australia yang menubuhkan Syarikat Lynas (M) Sdn Bhd bagi membina kilang memproses bahan nadir bumi yang digunakan untuk menghasilkan bahan mula bagi pembuatan produk berteknologi tinggi.

[Pelaburan itu diluluskan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia pada 12 November 2007. Projek itu juga memerlukan kelulusan kerajaan, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerja (DOSH) dan LPTA, serta melibatkan enam lesen kesemuanya. Tiga daripada lesen ini adalah mengenai keselamatan radiologi di bawah LPTA iaitu Lesen Penempatan Tapak, Lesen Pembinaan dan Lesen Pengendalian. "Berdasarkan piawaian antarabangsa yang dikeluarkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), sisa seperti ini ditakrifkan sebagai bukan sisa radioaktif tetapi merupakan sisa industri yang mengandungi bahan radioaktif semulajadi,” kata Maximus Ongkili ketika ditanya tentang hal ini. Soalnya sekarang ia tetap bahan radioaktif dan cukup merbahaya kepada rakyat. kenapa harus terus beri alasan untuk menutup kelemahan. Jika rakyat didahulukan sila batalkan saja projek ini].
Share:

1 ulasan:

  1. Jika Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Maximus Ongkili rasa kilang ini selamat, kenapa tidak dirikannya di Sabah atau Serawak? Sila pindahkan!!!

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang Tahan 228 Pendatang Tanpa Izin Termasuk Tujuh Kanak-Kanak Di Jerantut, Rompin Dan Kuantan

KUANTAN: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 228 pendatang tanpa izin, termasuk tujuh kanak-kanak yang disyaki melakukan pelbagai kesa...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.