script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Terpedaya, 154 Peneroka Memohon Injuksi Mahkamah Halang Bank Proses Pinjaman Mereka

KUANTAN, 9 Mei - Seramai 154 orang Peneroka memohon injunksi mahkamah bagi melarang CIMB dan AmIslamic Bank untuk memproses dokumen pinjaman yang ditandatangani oleh mereka baru-baru ini. Mereka juga memohon sekiranya sudah diproses, pihak bank dilarang untuk salurkan jumlah pinjaman kepada Felda Global Venture Holdings Berhad (FGVHB). Menurut peguam peneroka terbabit, Mohd Harris Abdullah (foto) berkata ramai peneroka sebenarnya terpaksa tandatangan borang tersebut kerana terpengaruh dengan kenyataan pihak pengurusan Felda di tempat masing-masing. "Borang dalam Bahasa Inggeris dan majoriti peneroka tidak faham... Pengurus bagi tahu itu dokumen durian runtuh. Takde pegawai dan lawyer bank yang hadir untuk memberi taklimat dan penerangan. Bahkan mereka juga dilarang membawa balik borang bagi tujuan mendapatkan nasihat daripada pihak-pihak yang berkenaan. Proses yang dijalankan umpama melepaskan batuk ditangga semata-mata. Penuh dengan kemusykilan .. maka itulah peneroka berasa diri mereka tertipu...", kata Harris ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Kuantan pagi tadi. Beliau turut menegaskan, borang yang ditandatangani oleh para peneroka itu borang standard bank yang kosong. Jumlah pinjaman, faedah dan scedule bayaran balik tidak dinyatakan dan ia membuktikan perjanjian tersebut tidak mengikut peraturan sebenarnya. Difahamkan, para peneroka Felda di seluruh negara hanya diberi tempoh yang cukup singkat untuk menandatangani borang pinjaman berkenaan (24 April hingga 28 April) baru-baru ini. Semua ini menimbulkan kemusykilan, terdapat tanda-tanda penipuan dan penyelewengan dilakukan oleh Felda dengan kerjasama bank-bank yang berkenaan. Maka itulah injuksi tersebut dikemukakan dan kes akan di dengan inter parte pada 16 Mei 2012 ini.


Sebahagian daripada para peneroka yang telah hadir di mahkamah pagi tadi

[Ramai peneroka yang mula sedar diri mereka tertipu selepas melihat pengumuman "durian runtuh" oleh Najib di Jengka 8 semalam. Mereka terkejut kerana pemberian RM15,000 itu dibuat secara berperingkat-peringkat dan ia bukanlah durian runtuh jika itu caranya. Durian runtuh mesti jatuh sekali gus kata sebahagian daripada mereka yang ditemui. Apapun, ramai yang berpendapatan cara dan kaedah pemberian yang dilakukan hanyalah helah untuk Najib dan BN memaksa penerokan mengundi mereka pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Lantaran itulah ramai yang mula sedar mereka tertipu apabila menandatangani borang perjanjian pinjaman dengan bank baru-baru ini. Mereka seolah-olah dipukau dan menjadi tidak sedar diri ketika berbuat demikian. Kini, mereka mahu mahkamah membatalkan perjanjian kosong terbabit setelah mereka mula tahu tanah ladang akan menjadi cagaran kelak. Apapun, syabas dan tahniah kepada para peneroka yang terlibat dan mula sedar ini. Semoga lebih ramai peneroka akan failkan injuksi berkenaan selepas ini].
Share:

12 ulasan:

  1. Dikatakan bahawa ramai peneroka "Terkejut, menangis dan ada yang menjerit melaungkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di atas pengumuman durian runtuh sempena penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) yang dibuat di Felda Jengka 8 - Utusan syaitan.

    Tapi kenapa kumpulan 154 ini tiba-tiba menolak habuan yang akan mereka terima dari penyenarai Felda Global Venture Holdings Berhad di Bursa Saham Kuala Lumpur ? Mungkin mereka sudah dapat mengesan risiko lebih besar disebalik durian runtuh bernilai RM15,000.00…?

    Benarkah nilai durian runtuh yang diberikan oleh PM ‘haramjadah’ itu hanya 30% dari nilai sebenar kerana pihak pembangkang berkata peneroka sepatutnya menikmati durian runtuh yang lebih besar nilai nya. Sekurang-kurang melebihi RM38,000.00. Jika benar apa yang didakwa oleh pihak pembangkang, maka wujud satu penipuan yang sengaja dilakukan oleh pihak kerajaan terhadap peneroka.

    Alangkan perahan minyak boleh ditipu secara terang-terangan apakah durian runtuh ini tidak ada penipuan…? Apakah para peneroka dan anak-anaknya akan menyanyikan lagu “si luncai terjun dengan labu-labunya !…. Biarkan….biarkan…. ?”

    Tungggu…….

    BalasPadam
  2. puak puak pakataN rakyat ni jenis tak faham, dan tak terasa ke, PM dah bersumpah dengan perkataan H********h,beliau cukup kecewa dgn pengacau, yg merosakkan minda peneroka,dah lah biar lah RM15,000. bukannya lama sangat, lambat laun habis di belanjakan yg kenyang kapitalis kapitalis, para peneroka akan sedar segala perjuangan PR, akan terbukti benar bila harga barang naik, dan segala potongan akan di buat terhadap peneroka dan bila saham merudum. Tipah tertipu lagi.

    BalasPadam
  3. jangan dok sibuk-sibuk lah itu sume harta kami...ikut kamilah nak bagi kat sape-sape pun, lepas ni kami wat rakit dok kat laut pun tak pe

    BalasPadam
  4. Anon 9:55 PM

    Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata dan perbuatan terimalah padahnya.

    Ye ke nak buat rakit dok kat laut?
    Orang asli lebih cerdik daripada sdra.

    Xmengapalah, asalkan sdra bahagia.

    BalasPadam
  5. macam2 la karenah..dulu zaman pak aku keje felda adala la yg hentak cawan sampai pecah baling periuk belanga kat dinding pasai nak bahagi lot tanah.eloknya gomen ikut yang asal tanah tidak dipecahkan ikut lot dan pembahagian pendapatan sama rata.ni dah bagi tanah geran free jer pastu mcm2 perangai la.kesian pada peneroka yang dapat lot bukit dengan paya.tanah tak ok hasil pun ciput

    BalasPadam
  6. bantah jgn tak bantah, biar ramai PENEROKA yg di maki oleh PM buat sembahyang hajat dan bermunajat agar Allah mengharamjadah kembali kpd penutur nya, ini kah PM untuk Rakyat,. sedar lah semua peneroka dan generasi felda krn dunia, kuasa, wang ringgit rakyat di haramberjadahkan,. Dasar umporno.

    BalasPadam
  7. Anon Thursday, May 10, 2012 10:23:00 AM...
    Free kepalo bapok mung......

    BalasPadam
  8. HEHE...ingat lagi masa Arwah Tun Razak nk buka felda selepas melawat china..ramai pembangkang yang kata ini sistem komunis yg diciplak dari cina memperhambakan rakyat untuk negara...skrg anak dia plak yang kena jadi siapa nk ikut dia sign laa siapa tak nak jgn sign...kita tengok siapa yang kena...

    BalasPadam
  9. PAK NON ::
    Thursday, May 10, 2012 2:10:00 PM

    takyah la nak marah2..syukur la dengan apa yang ada.dapat rumah free tanah free.just isi borang interview p masuk felda tebang tanam pokok sampai masa bagi geran jah.banyak sangat dah oak ome dapat kemudahan dari felda tu.

    BalasPadam
  10. yg kata dok kat rakit tu dia sinikal je. paham2 la.

    BalasPadam
  11. Pak Non ni mesti bukan org felda, sebab tu kata dpt tanah free/ladang free. Mana free, semua bayar. Org Felda ni dpt tanah & rumah sama mcm org lain beli rumah & tanah. Bayar sikit2, melalui potongan. Org Felda kena bantah FGVH ni, nanti elok2 ada tanah, habis kena ambik kat org. Igt kes tanah di Felda Sg Buaya, Kes Kerpan dn byk lagi. Puak2 UMNO ni bukan kira apa, diorg banyak duit, harta berlambak2, 7 keturunan makan pun x habis. Kita tu je lah tanah yang ada. Nak dapat tanah di Pahang ni payah, 2 kita semua maklum, UMNO ni dok faraid sesama diorg je tanah ni. Kawan aku dok Kg Durian Hijau tu, dah puluh2 tahun usaha tanah, sampai sekarag masih xdpt2 lagi. Lagi puloknye, kita bukannye tau main saham2 ni, main sign je kita ni. Takut esok terkulat2 anak cucu. Patut ada tanoh sekankang kera, boleh juga bertumpag tedoh, aleh2 saham punye pase, abok pun xde. wokme kene sian kat anak cucu. Dulu kita usahakan tanah ni, dengan peluh & air mata,jgn nanti terlepas sekelip mata, sebab gelap mate duit 15ribu. Dah kalo Isa Samad ghase penyenaraian tu bagus sangat, suruh je di tubuh koperasi dia sendiri, gadai tanah dia sendiri kat bank...haaa lantok dia laa gone dia nak buat.Doh dia kate bagus sgt, pajan kan je. Koi x nok wehh deme, koi x pandai. Xpe la koi susoh sikit, x dpat durian runtuh...asal tanah koi tak tergadai. Doh lagi satunye, elok2 hutang doh tak de, tanoh dah selesai, g pinjam bank buat beli saham pulok, buat ape nyer....duit bukan buleh bawok mati. Xda utg je dah ler...esok kat akhirat xde nak kena tanya pasal x bayor hutang. Koi ckp la kat wokme, cee fikir ghetek le wehhh....asyik kene tipu je, dulu tipu perahan, lepas tu tipu duit tanam semula, sekarang nak tipu pasal saham pulok. fikir ler wehhh...fikir ler wehh..wokme...istighfar banyok2...

    BalasPadam
  12. dulu miskin...sekarang kaya...dulu dengar kata, sekarang nak jadi serigala..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sebanyak 1,003 Kes Kebakaran Terbuka Direkodkan Di Pahang Bagi Tempoh 1 Jan Hingga 31 Ogos Tahun Ini, Luas 2,721.88 Hektar

KUANTAN: Sebanyak 1,003 kes kebakaran terbuka direkodkan di Pahang bagi tempoh 1 Jan hingga 31 Ogos tahun ini melibatkan kawasan seluas kira...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.