Pages

13 Peserta Himpunan Bukit Chandan Di Penjara 2 Tahun


KUALA KANGSAR - Mahkamah Sesyen di sini, menjatuhkan hukuman dua tahun penjara dan denda RM5,000 ke atas setiap 13 individu, termasuk seorang wanita yang terbabit dalam perhimpunan haram di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, di sini, pada 6 Februari 2009. Hukuman tambahan lima bulan penjara turut dikenakan jika setiap tertuduh gagal membayar denda berkenaan. Hakim Norsalha Hamzah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapi semua tertuduh. Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas beliau meneliti hujah dan keterangan saksi serta rayuan hukuman daripada kesemua tertuduh sekaligus pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap kes itu. 



"Di dunia anda lepas, di Padang Mahsyar anda tidak akan lepas!," jerit Cikgu Khairul di kamar mahkamah setelah hakim menjatuhkan hukuman. Ini adalah hukuman yg celaka. Yg jatuh hukum pun sama naik gak. Rembat duit rakyat brjuta2 tak nak di hukum maksimum. Bunuh rakyat pun tak di hukum jugak. Mereka dihukum kerana kes demo waktu najib alsisi rampas kuasa kat perak tahun 2009...". #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]