TANGKAK - Ketua ajaran sesat Tuhan Harun yang nama sebenarnya Harun Mat Saat dicekup polis di sebuah rumah Taman Bandar Baru Tangkak, di sini, semalam langsung tidak pernah dilihat jiran sejak dia menyewa di rumah itu kira-kira dua minggu lalu.
Seorang jiran mahu dikenali sebagai Roslan, 40, berkata, dia hanya pernah ternampak seorang lelaki bernama Hairi di laman rumah dan lelaki itu tergesa-gesa masuk selepas melihatnya.“Saya menyangka mereka sekeluarga dan baru dua minggu menyewa rumah itu. Kehidupan mereka agak aneh kerana tidak pernah bertegur sapa dengan jiran.
“Mereka juga menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) cermin gelap, manakala pintu dan pagar sentiasa ditutup,” katanya. Harun yang dikehendaki polis dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) ditahan di sebuah rumah di Jalan Puteri 2/15, taman itu bersama seorang wanita dipercayai isterinya, Azida Mohd Zol, 30, jam 3.30 petang. #sumber
Bantuan pasca banjir Kerajaan Negeri untuk rakyat
-
*… termasuk pertimbangan sumbangan ‘one-off’, serta rebat bil air sehingga
RM15 kepada mereka terkesan banjir. *
*DARI LUAR JENDELA... Dato' Sri Wan Ros...
17 jam yang lalu
1 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Hebat.. TUHAN pun kene tangkap. Tuhan la sangat..klu dah melampau, mata gelap dgn kekayaan sanggup ngaku tuhan? pengikutnya pun pening
Catat Komen