MARAN, 29 Dis - Orang ramai yang melalui jalan Kampung Awah ke Jengka melalui Plaza Tol Chenor dekat sini menggesa kerajaan bertindak cepat membaik pulih jalan rosak akibat banjir berhampiran kawasan Felda Sungai Nerek dekat sini. Jalan yang runtuh itu cukup membahayakan pengguna jalanraya sebenarnya. Menurut saksi yang melalui jalan tersebut setiap hari untuk ke Temerloh berkata, beliau amat gusar dengan tahap keselamatan jalan terbabit. "Sudah hampir sebulan, masih belum ada tindakan.... Sudahlah tidak berlampu dan amat bahaya pada waktu malam.. kon-kon pula diletakkan terlalu dekat dengan lokasi jalan runtuh terbabit.. ini menyebabkan orang ramai keliru dan hampir menjadi mangsa.. Malah, petang semalam saya lihat sebuah lori break mengejut dan hampir-hampir terjunam.. ada kereta yang mengekori dibelakang hampir melanggar lori terbabit... Kenapa smpai sekarang masih belum dibaiki lagi.. bukankah jalan ini merupakan jalan utama ke Bandar Tun Razak Jengka dari arah Temerloh... kenapa dibiarkan terlalu lama sedangkan sekolah hampir dibuka tidak lama lagi", katanya. Tinjauan krew PDO ke lokasi petang semalam mendapati memang ia amat berbahaya kepada lalu lintas. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor, Arifin Ismail menerusi satu kenyataan mengatakan beliau sudah memaklumkan awal keadaan jalan itu semasa mulanya banjir dulu. Malah isu tersebut sudah di bawa ke dalam Tindakan Daerah dan meminta pihak JKR atau Roadcare ambil tindakan segera membaikinya. Apapun, hingga kini tiada tindakan dan kini ia mengancam keselamatan pengguna jalanraya. Soalnya, kenapa pihak terbabit lambat bertindak?. Apakah mahu menunggu hingga ada kemalangan dan kecelakaan baru mahu buka mata. Oleh itu, laporan lanjut akan menyusul masa terdekat ini. PDO
Bantuan pasca banjir Kerajaan Negeri untuk rakyat
-
*… termasuk pertimbangan sumbangan ‘one-off’, serta rebat bil air sehingga
RM15 kepada mereka terkesan banjir. *
*DARI LUAR JENDELA... Dato' Sri Wan Ros...
17 jam yang lalu
0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Catat Komen