Pages

Cadangan Internet Sebagai 'Utiliti Ketiga' Jadi Nilai Tambah Kepada Kerajaan Negeri, Pemaju

 


KUALA LUMPUR  -- Cadangan menjadikan penyediaan kesalinghubungan Internet sebagai utiliti awam ketiga akan memberi impak nilai tambah kepada kerajaan negeri dan pemaju sesuatu kawasan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata apabila Internet diangkat sebagai utiliti ketiga, isu kelewatan dalam penyediaan infrastruktur telekomunikasi dan capaian Internet dapat dielakkan.

Jelas beliau kelewatan penyediaan infrastruktur telekomunikasi hingga 18 bulan di sesuatu kawasan khususnya kawasan baharu adalah berikutan kesalinghubungan Internet tidak dikira sebagai utiliti dalam Kebenaran Merancang (KM) daripada pihak berkuasa tempatan.

“Apabila penyediaan kesalinghubungan Internet masuk dalam KM, secara langsung mempercepatkan proses pembinaan dan perancangan menyediakan kemudahan itu.

“Ini menjadi added value kepada pemaju sesuatu kawasan kerana tempat itu sudah mengambil kira kewujudan capaian Internet, manakala keuntungan kepada kerajaan negeri yang boleh menarik banyak pelaburan ke kawasan dalam negeri mereka,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Saifuddin berkata cadangan itu dibentangkan pada mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara ke-36 yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 27 Okt lepas.

Perkara itu juga akan dibentang dalam mesyuarat dengan Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri pada pertengahan Disember ini, katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]