Pages

Bersatu Temerloh "Akur" Kenyataan Presiden, Sedia Kerjasama Rampas Kerusi Itu Dari PH !

 


TEMERLOH - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Temerloh menyokong penuh kenyataan Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin agar parti itu memperkasakan kerjasama politik antara parti sekutu Perikatan Nasional (PN) seperti Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Demikian kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Temerloh, Mohd Yusoff Abdullah ketika ditemui hari ini.

Muhyiddin berkata demikian di Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) yang berlangsung secara maya dari lokasi ditetapkan mengikut negeri, dan dijalankan dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat berikutan negara berdepan ancaman pandemik COVID-19.

"Kami sebagai ahli akar umbi akur dengan kenyataan Presiden, tambahan pula pilihanraya umum ke-15 khabarnya akan diadakan selepas Covid-19 berakhir. Maknanya masa sudah terlalu singkat untuk membiarkan perselisihan faham ahli akar umbi berterusan"

"Kerjasama yang lebih erat perlu dilakukan segera bagi merampas semula kerusi Parlimen Temerloh dari tangan Pakatan Harapan (PH), ' kata beliau.

Sementara itu beliau turut mendakwa sedia untuk berkerjasama dengan lain-lain parti PN termasuk juga BN bagi merealisasikan hasrat tersebut.

"Kerusi Parlimen Temerloh dimenangi oleh Hj Anuar Tahir (Amanah) pada PRU14 lalu dengan majoriti 1,904 undi. Anuar biar pun calon dari luar telah menang dengan mendapat 23,998 undi, menewaskan calon popular BN, Datuk Seri Mohd Shahrkar Shamsuddin (22,094 undi) dan Hj Md Jusoh Darus dari PAS (14,734 undi). Dua lagi calon bebas Khaidir Ahmad (178 undi) dan Mohd Fakhruddin Abu Hanipah (46 undi), " tambah beliau lagi

Sementara itu Yusoff turut mendakwa Bersatu Temerloh kini mula diterima oleh rakyat marhaen dan beliau yakin ini semua kerana mereka yakin dengan pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional dibawah pentadbiran Tan Sri Muhyuddin Yassin yang juga Presiden Bersatu.

Berbagai aktiviti sedang dirancang untuk menarik seberapa ramai ahli baharu terutamanya anak muda bersama dengan parti itu #pahangdaily

2 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) berkata...

JANGAN pakksa BN bagi kerusi bertanding kat Bersatu sudah! Kerjasama dlm. PN perlu - tapi BUKAN dgn. MEMAKSA Parti2 UMNO-PAS berkorban kerusi2 depa, sbb. Bersatu ni dah diDOMINASI si Melayu2 LIBERAL tamak & rakus, yg. ANTI-HAK Islam/Umatnya & BUMIPUTERA!!

Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) berkata...

Mmmg. makin keji tgk. UMNO/PAS diBULI Melayu2 LIBERAL Pengkhianat Bersatu!

Tgk. sjlah hampir 80% dr. hampir 102,000 HEKTAR Ladang2 TABUNG HAJI yg. milik UMAT ISLAM, terus mahu diJUAL oleh si MELAYU2 LIBERAL Pengkhianat, Rasis, Fasis, Tamak, Bongkak, Buas & Rakus, dlm. Kerajaan PN - maka MENYAMBUNG legasi IBLIS si rejim PENJAJAH Zionis PH-DIKTATOR mahathir PARIAH kerala/PKR homo/DAP Parasit!! JAHATnya puak Melayu/Islam KEJI & JIJIK ni!!

UMNO-PAS telah diPERANGKAP habis2an oleh Melayu2 LIBERAL penipu dr. BERSATU paling TAK GUNA!!! Tapi teruskan KERJASAMA dlm. PN, demi MENENTANG rejim PENJAJAH Zionis PH Parasit - tanpa diBULI oleh Melayu2 LIBERAL Bersatu lagi!!

Lihat di - https://malaysiagazette.com/2020/11/30/batalkan-penjualan-pukal-aset-ladang-th-plantation-berhad-asyraf/

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]