Pages

Tidak Sertai Perikatan Nasional, UMNO Buat Keputusan Guna Logo BN Dalam PRU-15 Ini !

 


KUALA LUMPUR - UMNO akan menggunakan lambang Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) susulan keputusan tidak menyertai Perikatan Nasional (PN) sebagai salah satu komponen, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"UMNO juga membuat keputusan tidak akan menyertai PN sebagai salah satu komponen parti berkenaan. Atas dasar itu UMNO akan menggunakan lambang BN yang ditunjanginya dengan MCA dan MIC pada PRU15," jelasnya, memetik laporan Mingguan Malaysia.

Namun, Ismail Sabri menjelaskan, persetujuan telah dicapai agar tiada pertembungan antara BN dan PN memandangkan Pas juga menyertai PN bersama Bersatu.

Berhubung soal pembahagian kerusi pula, Ismail Sabri berkata, Jawatankuasa Pembahagian Kerusi sudah berunding dengan Pas ketika beliau mempengerusikannya.

Bagaimanapun, selepas Pas membuat keputusan menyertai PN, isu berkenaan katanya tidak diketahui sama ada rundingan diteruskan dengan PN, Pas atau Bersatu.
Ini kerana jawatankuasa tersebut kini dipengerusikan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Bagaimanapun, tegas Ismail Sabri, kedudukan Muafakat Nasional (MN) masih kukuh iaitu kesepakatan penyatuan ummah dari segi pemikiran dan tindakan dan bukannya membentuk sebuah gabungan parti.

Tambahnya lagi, meskipun ada cadangan MN didaftarkan sebagai gabungan parti, namun perkara itu dilihat sukar dilaksanakan memandangkan Pas sudah bersama PN.

“Maka adalah mustahil bagi sebuah parti untuk berada dalam dua gabungan parti,” kata beliau lagi. #sumber

1 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) berkata...

Baguslah tu UMNO - makin keji tgk. UMNO/PAS diBULI Melayu2 LIBERAL Pengkhianat Bersatu!

Tgk. sjlah hampir 80% dr. hampir 102,000 HEKTAR Ladang2 TABUNG HAJI yg. milik UMAT ISLAM, terus mahu diJUAL oleh si MELAYU2 LIBERAL Pengkhianat, Rasis, Fasis, Tamak, Bongkak, Buas & Rakus, dlm. Kerajaan PN - maka MENYAMBUNG legasi IBLIS si rejim PENJAJAH Zionis PH-DIKTATOR mahathir PARIAH kerala/PKR homo/DAP Parasit!! JAHATnya puak Melayu/Islam KEJI & JIJIK ni!!

UMNO-PAS telah diPERANGKAP habis2an oleh Melayu2 LIBERAL penipu dr. BERSATU paling TAK GUNA!!!

Lihat di - https://malaysiagazette.com/2020/11/30/batalkan-penjualan-pukal-aset-ladang-th-plantation-berhad-asyraf/

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]